@empat4enam6: Pesawat Boeing MH653 dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur telah dirampas sebelum terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada 4 Disember 1977. Pendaratan yang dijadualkan telah dibatalkan dan mereka menuju ke lapangan terbang terdekat untuk mendarat di Singapura. Namun, MH653 terbabas lalu menjunam ke tanah diikuti dengan letupan. Pelbagai teori dan spekulasi yang dikaitkan dengan insiden ini. Pesawat yang membawa 93 penumpang dan 7 anak kapal ini dipercayai telah dirampas oleh kumpulan Tentera Merah Jepun (Japanese Red Army) yang memiliki bahan letupan bersama mereka. Tragedi ini merupakan yang terburuk dalam sejarah syarikat penerbangan MAS sebelum berlakunya kehilangan MH370. Hubungan antara kumpulan Tentera Merah Jepun dengan tragedi malang ini tidak dapat dipastikan kerana kesemua mereka terbunuh. Mayat-mayat pula berada dalam keadaan tidak sempurna dan bertaburan di dalam paya dan tersangkut di atas pokok. Setelah 9 bulan tragedi tersebut, akhirnya satu laporan rasmi yang mengandungi hasil siasatan terhadap kotak hitam MH653 didedahkan. Juruterbang dan salah seorang daripada krew pesawat ditembak mati terlebih dahulu sebelum pesawat meletup. Pesawat dikatakan menjunam sebaik tembakan berlaku. Sumber: Iluminasi & Jagat Impak