@mycommunitynewssabah: Masyarakat diingatkan agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang perkataan secara verbal atau bertulis bagi mengelakkan berlakunya ketegangan dalam komuniti. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, sebagai rakyat yang prihatin dan hidup dalam masyarakat majmuk, masyarakat perlu sentiasa peka dan sensitif terhadap perkara yang hendak diperkatakan. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Supian Musa di Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu. #mcnsabah #communitynews #polikk #kotakinabalu #sabah