@501awani: Program Iftar@KL kembali memeriahkan sambutan bulan Ramadan dan kali ini ia memasuki edisi ke-13 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program yang berlangsung selama empat hari, iaitu pada 15, 16, 22 dan 23 Mac ini di Dataran Merdeka bertujuan mengimarahkan Ramadan, memperkukuh ukhuwah serta toleransi antara kaum dan menyemarakkan kebudayaan serta kesenian Islam kepada pelancong. #AWANInews