@airtimesnewsnetwork: #DutyHonourSacrifice – Mereka berkorban disaat kita bergembira bersama keluarga Di saat kita berbuka puasa bersama keluarga, jangan kita lupakan pengorbanan anggota tentera yang bertugas di perbatasan tanah air. Ketika kita menikmati keamanan yang tidak ternilai, mereka bersama rakan setugas mengorbankan masa, keselesaan, dan kehadiran di sisi keluarga demi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara serta dipertahankan. Mungkin ada yang beranggapan bahawa ini hanyalah tugas mereka. Namun, pada hakikatnya, pengorbanan yang dilalui oleh anggota tentera jauh lebih besar daripada apa yang dapat kita bayangkan. Peranan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara bukan sekadar tanggungjawab biasa. Ia ibarat udara yang kita hirup—keberadaannya sering tidak disedari, namun kehilangannya akan dirasai dengan begitu perit. Begitulah juga dengan nikmat keamanan yang kita kecapi hari ini. Kata-kata Duty, Honour, Sacrifice bukan sekadar slogan, tetapi prinsip yang dihayati dan dilaksanakan oleh setiap anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan penuh keikhlasan dan kesetiaan. #ATM #Duty #Honour #Sacrifice #AirTimes #Malaysia
Air Times News Network
Region: MY
Thursday 20 March 2025 05:56:25 GMT
Music
Download
Comments
En Hakim :
Selamat menunaikan ibadah puasa..
2025-03-20 12:43:03
0
salleharif :
😳
2025-05-04 02:13:05
0
To see more videos from user @airtimesnewsnetwork, please go to the Tikwm
homepage.