@mutiarahati.my: عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا Daripada Abu Ishaq daripada Al-Bara` ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan (bersalaman), melainkan kedua-duanya akan diampuni sebelum mereka berpisah.” (Sunan Abi Daud No: 5212) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Pentingnya menjaga hubungan baik dan mempereratkan ikatan ukhuwah sesama Muslim. Ambil peluang sempena Syawal ini saling ziarah menziarahi, bertemu dan bersua muka antara satu sama lain 2. Ketika bertemu sesama Muslim, ambil peluang saling bersalaman (pastikan bukan berlainan jantina yang dilarang). 3. Bersalaman berfungsi untuk menghilangkan perasaan dendam, kebencian, atau rasa tidak suka antara individu. Hal ini seiring dengan ajaran Islam yang mengutamakan perdamaian dan menghindari sifat-sifat yang merosakkan hubungan sosial seperti permusuhan dan dendam. 4. Setiap kali kita berinteraksi dengan sesama Muslim, kita seharusnya melihatnya sebagai peluang untuk mendapatkan rahmat dan keampunan daripada Allah SWT, terutama jika pertemuan itu disertai dengan salaman yang tulus. Moga Allah akan mengampuni dosa dua orang Muslim yang bertemu dan berjabat tangan, sebelum mereka berpisah. Marilah kita mengambil kesempatan di Syawal yang mulia ini untuk saling bersalaman serta bermaafan. Bangunkan Jiwa Taqwa. Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 22: وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Mutiara Hati
Mutiara Hati
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 04 May 2025 01:40:45 GMT
195
19
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @mutiarahati.my, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About