@ulamanusantara1: Tuan Guru Haji Azhar Zamrul Bin Idrus atau lebih terkenal dengan panggilan Ustaz Azhar Idrus UAI dilahirkan pada tanggal 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu. Ayah beliau merupakan seorang askar. Pendidikan awal Ustaz Azhar Idrus diperolehnya dari kedua ibu bapa beliau. Kemudiannya beliau dihantar belajar di Sekolah Rendah Inggeris Alor Setar yang terletak di belakang stesen keretapi pada tahun 1971. Kemudian beliau dihantar ke Sekolah Rendah Haji Mohd Sharif, Alor Star, Kedah hingga tahun 1976. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star dari tahun 1977 hingga tahun 1978 dan kemudian berpindah ke Negeri kelahiran iaitu Terengganu dan mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dari tahun 1979 hingga tahun 1983 iaitu dari Tingkatan 3 sehingga Tingkatan 6. Setelah tamat pengajian, beliau mula berkerja di beberapa buah tempat termasuk pernah menjadi seorang guru muzik sekitar tahun 1985 dan pernah juga berkerja sebagai jurufoto di sebuah syarikat akhbar di Terengganu. Sekitar tahun 1990, dalam usianya 25 tahun beliau mula belajar agama dan belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun. Pada peringkat awal beliau berkerja di siang hari, pada sebelah malamnya beliau pergi ke kuliah pengajian. Namun lama kelamaan, hatinya menjadi kasih kepada ilmu agama lalu beliau berhenti kerja untuk fokus mengaji. Terdetiknya hati beliau untuk belajar ilmu agama adalah kerana pada suatu hari dalam perjalanan balik, beliau lalu di sebuah surau dan ada seorang tok guru sedang mengajar. Melihat pada ramainya jemaah, Ustaz Azhar pun berhenti kenderaannya dan mendengar kuliah. Kata-kata tok guru tersebut telah masuk ke dalam hatinya, lalu Allah Taala kurniakan hidayah buat beliau untuk mendalami ilmu agama. Awalnya beliau mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar dan belajar dalam bidang tafsir. Tuan Guru Haji Syed Mokhtar ini adalah salah seorang cicit Tok Ku Paloh. Beliau juga telah mengasaskan sebuah surau pengajian di Pantai Ali, Bukit Payong, Terengganu dan masih aktif mengajar sehingga kini. Dengan gurunya ini Ustaz Azhar khatam 40 buah kitab. Gurunya yang kedua pula ialah Tuan Guru Mohd Tahir al-Fathani. Dengan gurunya ini beliau khatam 24 buah kitab-kitab jawi. Guru beliau yang ketiga ialah Tuan Guru Mohd Hakim. Pada beliau, Ustaz Azhar belajar ilmu nahu, sorof, balaghah, usul fiqh, qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir dan lain-lain lagi. Seorang lagi guru dan sahabatnya ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar Serkam. Daripada gurunya ini, beliau banyak belajar ilmu fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Kata Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar, Ustaz Azhar ini mengaji dengan beliau ketika di Kuala Terengganu. Pada ketika itu, Tuan Guru Haji Abdul Rahman belajar di Pondok Kerandang, Besut, sambil itu turut mengajar di beberapa buah masjid surau sekitar Terengganu. Pada waktu itulah, Ustaz Azhar bertalaqqi dengannya. Guru beliau yang seterusnya ialah Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd yang berkelulusan daripada Mesir. Dengan gurunya ini beliau banyak belajar sirah Nabawi. Seorang lagi gurunya ialah Tuan Guru Haji Hussin Bin Deraman atau lebih terkenal dengan panggilan Ayah Ku. Beliau belajar dengan gurunya ini ketika di Kuala Terengganu secara berulang alik. Kata Ayah Ku, Ustaz Azhar ini seorang yang sangat rajin mengaji. Tambahan Ayah Ku lagi, untuk memantapkan kefahaman ilmunya, siang beliau belajar dengan Ayah Ku manakala pada sebelah malam pula beliau mengajar ilmu tersebut. Tuan Guru Haji Azhar Idrus adalah seorang tokoh agamawan dan pendakwah yang sangat besar jasanya dalam negara. Nama beliau turut terkenal di negara jiran kita iaitu Indonesia, Brunei dan Singapura dan Fathani. Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin #JejakUlamaNusantara
orang biasa
Region: MY
Monday 05 May 2025 00:11:40 GMT
Music
Download
Comments
semuanidonia :
knp bila tgk wajah UIA sy jadi takut...takut kehilangan ulama,takut kehilangan tempat rujuk.takut kehilangan 'perpustakaan hidup' ilmu agama dan akhirat.Aku takut😭
2025-05-05 10:58:28
2118
jensenhilary :
saya bukan muslim tapi selalu tengok video Ust Azhar..membantu saya memahami ajaran/amalan org Islam
2025-05-06 00:36:30
1697
LeeDzul :
apa pun yang terjadi saya tetap pertahanankan Ulamak 🫶🏼
2025-05-05 02:02:40
918
#JusticeForZara :
Umur 25 tahun dijentik Allah SWT utk cintakan Ilmu..aku 25 tahun sibuk kejar keje setera dgn kelulusan..Kembalikan kami Ya Allah ke JalanMu..
2025-05-05 23:16:06
292
Sultan al aqsa :
saya selalu lihat live Ustad ini lewat tiktok .salam dari aceh timur Ustad 🥰😥
2025-05-05 07:17:02
380
ridz :
tokguru fekah terengganu....beruntung rakyat terengganu ada orang alim mcm ni ...berguru la...tuntutlah ilmu Selama dia masih ada
2025-05-05 11:22:26
691
UMAR WE :
asbab uai ramai anak muda jadi keseronok dgr ceramah agama,secara x langsung kami mula cari tahu ilmu agama sikit2..terima Allah hadirkan utk kami anak muda ni seorang insan hebat utk membimbing 🥰
2025-05-11 04:16:45
130
mira Johari :
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat ustaz Azhar Idrus dan sentiasa berada didlm lindungan dan rahmat Allah selalu 🤲
2025-05-05 13:29:26
143
Ame Izaki :
UAI ni lah sosok utama yg mula menggerakkan minat anak2 muda utk mendekati agama termasuk aku dulu. Byk persoalan agama terjawab dgn ceramah beliau. Kerana UAI jugalah aku join Pemuda PAS 💚💚💚
2025-05-13 13:14:30
25
joehakarashi :
beruntung orang ganu...kami kt Selangor dh xdpt dgr lg kuliah2 dia kt masjid sini 🥺
2025-05-12 14:42:24
60
Hazeex :
antara asatizah dari Indonesia yang datang ziarah ambil berkat dengan ustaz Azhar Idrus iaitu Prof. Dr. Ustaz Abdul Somad dan Buya Yahya Al-Yamani
2025-05-07 01:17:42
200
Abd Karim Md Nor :
Salam.UAI adalah seorang agamawan yg mampu memberi ilmu agama kepada semua lapiasan orang,rengkas Dan mudah difahami.beruntung kita punya seorang sepertinya
2025-05-11 02:47:54
22
Tecer Umi✍️✍️ :
penjelas sentiasa jelas dan. lawak jenaka.. terus. masuk. otak😁😁
2025-05-10 07:46:46
9
meera :
BIA la org nk kutuk dia mcm2...aku berubah Slow2 asbab dgr cerAmah kasar dia..ustaz Wadi PON sama... menusuk ke hati bila dgr dua ustaz ni😭
2025-05-17 07:40:48
12
Aidil ,, :
Antara ulama Malaysia kalau mengajar mudah senyum dan mudah difahami semoga beliau di panjang umur Amin
2025-05-07 00:39:40
35
gunner :
aku sgt hargai dan hormati UAI wpun ada segelintir yg x suka dia..
2025-05-10 14:30:27
8
SAHABAT ACTIVE :
USTAZ AZHAR IDRUS KEGEMARAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
2025-05-10 11:01:20
17
Syajemy :
Semoga panjang umur UAI 🤲🏻
2025-05-11 06:55:59
32
abangbest :
UAI adalah pencermah yg guna aras bahasa mudah dan brsahaja...patut kita hayati bukan kemn negatif.siapa kita? apa sumbangan kita terhadap agama? semoga UAI sehat dan teruskan perkongsian ilmu..
2025-05-06 16:47:07
12
Ayum :
Ya Allah Engkau berikanlah kesihatan yg baik ,ilmu yang bermanfaat dan semoga UAI sentiasa dlm rahmatMu ya Allah..آمِّينَ
2025-05-06 04:46:55
12
PaliXII_ :
Dimata saya UAI adalah Alim Tsiqah Fiqh Asal Malaysia ❤️
2025-05-05 16:19:46
55
luffy :
ore hok duk luat terengganu tk tahu gapo...ambo hok duk terengganu ni tahu lar..hari2 ada kuliah maghrib ustaz azhar...
2025-05-08 04:06:30
62
SalinaOmar75 :
ulamak adalah pewaris Baginda Rasulullah saw 🥰 semoga dlm lindungan Allah slalu Dan dlm Rahmat Nya🤲
2025-05-05 21:29:03
30
محمد كامل هج يوسف :
moga dipermudahkan segala urusan UAI serta urusan kita semua
2025-05-06 14:56:23
5
AIMAN :
semoga tok guru kesayangan Kita sihat2 insha'Allah aamiin3 yra
2025-05-06 11:46:29
5
To see more videos from user @ulamanusantara1, please go to the Tikwm
homepage.