@joyuri_538: #Meme #MemeCut #CapCut

Jo yuri ♡
Jo yuri ♡
Open In TikTok:
Region: MX
Saturday 10 May 2025 03:30:29 GMT
105
14
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @joyuri_538, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Sidang Kemuncak Arab–Islam di Doha baru sahaja menutup tirainya.  Harapan umat Islam agar ia menjadi titik tolak kepada tindakan tegas terhadap 15rael ternyata sekali lagi berkecai. Daripada 25 resolusi yang dihasilkan, tiada satu pun yang benar-benar konkrit.  Tiada keputusan ketenteraan untuk melindungi G, tiada langkah kolektif yang mampu menahan kezaliman.  Yang ada hanyalah deretan kecaman panjang bernada sama seperti sidang-sidang sebelumnya. Ucapan berapi-api tentang keperluan memutuskan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan 15rael akhirnya hanya berakhir dengan satu ungkapan kabur,”menilai semula hubungan.”? Penilaian semula? Di saat bumi G dimusnahkan, umat Islam dibantai, dan negara-negara jiran digugat oleh pakatan Zion is–Amerika, sidang kemuncak hanya menghasilkan retorik diplomasi tanpa sebarang tindakan nyata. Bayangkan 57 negara Arab dan Islam berkumpul…57 menteri luar, 57 delegasi, 57 jet peribadi dengan segala hidangan mewah dan melazatkan.. Dan akhirnya?  Sebuah kenyataan panjang, penuh kecaman dan kutukan, sarat dengan sebutan “musuh Zion is” tetapi kosong dari segi tindakan. Yang lebih mengejutkan, tiada satu pun resolusi yang menyentuh Amerika Syarikat, pelindung utama Zion is yang berulang kali menggagalkan setiap usaha Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikan genosid G. Benarlah kata Sultan Andalus, al-Mu‘tamid bin ‘Abbād: “Sesungguhnya perhimpunan orang sakit tidak akan melahirkan kekuatan.” Sementara dunia Arab–Islam terperangkap dalam kelemahan, 15rael menampilkan wajah yang berbeza.  Ketika 57 negara gagal merumuskan satu tindakan bersama, Netanyahu berdiri di hadapan delegasi terbesar Kongres Amerika seramai 250 orang daripada Republikan dan Demokrat.  Kehadiran dua parti utama itu membawa mesej jelas,sokongan Washington terhadap Israel bukan isu partisan, tetapi konsensus nasional. Dalam ucapannya, Netanyahu tidak hanya menggambarkan 15rael sebagai negara yang mempertahankan diri.  Dia menegaskan bahawa Israel adalah barisan hadapan peradaban Barat, pelindung Amerika daripada apa yang digelarnya sebagai “paksi kejahatan” Iran, H12bullah, H4m4s, malah turut menyeret China dan Qatar. Dia mengulang dengan penuh keyakinan, “Selepas serangan 7 Oktober, saya katakan bahawa kami akan mengubah wajah Timur Tengah. Saya benar-benar maksudkan dan kami sudah berjaya mencapainya.” Hakikatnya, Netanyahu sedang meyakinkan 250 pembuat undang-undang Amerika bahawa perang Israel bukan hanya untuk kelangsungan dirinya, tetapi juga perang Amerika dan seluruh Barat. “Kami adalah barisan hadapan yang melindungi anda. Kami dan anda adalah satu.” Inilah strategi Zion is..menukar perang pembunuhan beramai-ramai di G menjadi naratif “perang mempertahankan tamadun Barat.” Di pihak 15rael, ada kesatuan, strategi dan sokongan kuasa besar…hasilnya mereka telah mendeklarasikan perang ke atas umat Islam di G habis-habisan.. Di pihak kita, ada sidang, ucapan dan resolusi tetapi tanpa tindakan…hanya melahirkan seruan..seruan..dan kecaman.. Netanyahu dengan lantang menyatakan bahawa 15rael adalah wakil Amerika, menjadi “tangan kotor “ yang bertugas melemahkan kekuatan umat Islam. Sedangkan kita? Masih sibuk berpidato, menulis resolusi dan membaca kenyataan… tetapi kosong daripada tindakan yang dapat menyatukan umat Islam menentang musuh yang tanpa segan silu berikrar mahu menghapuskan kita dan mengalirkan darah kita… Benarlah senjata yang dibeli dari barat tidak akan memakan tuannya sendiri… Rasulullah S.A.W bersabda:  لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الإِسْلاَمِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الحُكْمُ، وَآخِرُهُنَّ الصَّلاَةُ “Sungguh akan runtuh ikatan Islam satu demi satu. Setiap kali runtuh satu ikatan, manusia akan berpegang dengan yang selepasnya.  Yang pertama runtuh adalah hukum (undang-undang Islam), dan yang terakhir runtuh adalah solat.” -Hadis Riwayat Ahmad- #foryoupage #2025 #omgsekmung #viraltiktok #news

About