@polismelaka: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ #MELAKA, 23 Mei 2025 - Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Ahmad Jefferi Abdullah telah Menghadiri Sesi Pembentangan Pelaporan dan Majlis Penutup Pengauditan Perkhidmatan dan Perjawatan serta Maklumat Sumber Manusia daripada Pasukan Audit,Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman yang diadakan di Auditorium, IPK Melaka. Majlis perasmian penutup pengauditan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan) Bukit Aman DCP Ab Rahaman Arsad dan ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Jabatan Pengurusan Melaka, Supt. Izuddin Ab Wahab. Sesi pengauditan di Kontinjen Melaka telah dijalankan bermula pada 19 Mei dan berakhir pada 22 Mei 2025. Pengauditan ini dijalankan sebagai indikator dalam melaksanakan kawalan kendiri bagi menentukan keberkesanan semua proses kawalan serta tadbir urus sumber manusia PDRM agar ianya digunakan secara optimum, berhemat, cekap dan berkesan disamping meningkatkan tahap pengoperasian dalam mencapai matlamat sebuah organisasi melalui pendekatan yang sistematik. Taklimat audit Perkhidmatan dan Maklumat Sumber Manusia telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), Bukit Aman, ACP Makhzan Mat Nor. Manakala, taklimat audit Perjawatan pula telah disampaikan oleh Supt. Audit Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Supt. Mohd Farid Mohd Fisol. Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), Bukit Aman, SAC Mohamad Mokhsein Mohd Zon; Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bukit Aman, SAC Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid; Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Maklumat Sumber Manusia), Bukit Aman, SAC Mohd Azmi Omar. Turut hadir, Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Balai serta warga PDRM Melaka. #PolisMelaka #PDRMMelaka #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #IPKMelaka #melakakumajujayarakyatbahagiamenggamitdunia #bijaklaksanatuahberanilaksanajebat โโโโโโโโโโโโโโโโโโโ ๐๐๐๐ข๐ ๐๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ ๐๐๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ้ฉฌๅ
ญ็ฒ่ญฆๆนๅฎๆน็คพไบคๅชไฝ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ เฎ
เฎคเฎฟเฎเฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏเฎฐเฏเฎต เฎเฎฎเฏเฎ เฎเฎเฎเฎฎเฏ #๐๐ข๐ค๐ #๐
๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐๐ก๐๐ซ๐ https://www.facebook.com/IPKMelaka https://www.tiktok.com/@polismelaka https://instagram.com/polis_melaka_official
Polis Melaka
Region: MY
Friday 23 May 2025 14:00:36 GMT
Music
Download
Comments
โจSiti๐น :
awk
2025-05-25 13:59:19
0
Siti noor asiyah lia Puteri :
terbaik tuan
2025-05-23 15:10:09
0
ๅๅฏ่ถๆฅ่ถๅฅฝ :
๐๐
2025-05-24 02:07:13
0
๐๐๏ธORANG BAIK๐๏ธ๐ :
๐๐๐ช๐ช๐ช๐๐๐
2025-05-23 22:57:13
0
To see more videos from user @polismelaka, please go to the Tikwm
homepage.