@yb_abanggyusoff: Video klip asal lagu "Ini Lah Barisan Kita" atau tajuk asalnya "Perajurit Tanah Ayer" (Ayer ejaan lama). Menampilkan penyanyi Jamaluddin Alias sebagai penyanyi utama. Diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia dengan tajuk "Gema Tanah Ayer" yang menampilkan lagu-lagu patriotik sempena setahun penubuhan Persekutuan Malaysia (1964). Inilah barisan kita Yang ikhlas berjuang Siap sedia berkorban Untuk ibu pertiwi Sebelum kita berjaya Jangan harap kami pulang Inilah sumpah pendekar kita Menuju medan bakti Andai kata kami gugur semua Taburlah bunga di atas pusara Kami mohon doa Malaysia berjaya Semboyan telah berbunyi Menuju medan bakti. #pahlawan #perjuangan #wiranegara