@malaysiahariini: Pemimpin-pemimpin Asia Tenggara berhimpun di ibu negara hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak #ASEAN ke-46 dan siri mesyuarat peringkat tinggi berkaitan untuk membincangkan pelbagai isu utama serantau. Atur cara padat hari ini dimulakan dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno), diikuti sesi perbincangan (permukiman) yang menyaksikan para pemimpin mengadakan perbincangan mendalam mengenai cabaran semasa, keutamaan strategik dan usaha memperkukuh perpaduan serantau.