@fabiaaz91: NASIHAT TERBUKA KEPADA PIHAK BERKUASA AGAMA: MENJUNJUNG PRINSIP KEADILAN DAN HAK ASASI DALAM MENYEBARKAN DAKWAH. Saya ingin menyampaikan nasihat ini dengan penuh rasa hormat dan keprihatinan terhadap tindakan penahanan Ustaz Mat Esa Deraman, yang lebih dikenali sebagai Tokku Pasir Gudang. Sebagai seorang guru agama yang telah banyak menyumbang dalam menyebarkan ilmu dan membimbing masyarakat, penahanan beliau menimbulkan pelbagai persoalan dan kebimbangan di kalangan umat Islam. Jika ini berlaku, ia boleh menjejaskan rasa hormat masyarakat umum terhadap pihak berkuasa agama negeri Johor yang mana ia sepatutnya dielakkan. 1. Menjunjung Prinsip Keadilan dan Prosedur Perundangan Islam menekankan keadilan sebagai asas dalam setiap tindakan. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 135: "Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu golongan yang benar-benar menegakkan keadilan..." Sebarang tindakan terhadap individu, apatah lagi ulama atau pendakwah, hendaklah berlandaskan prinsip keadilan dan mematuhi prosedur perundangan yang ditetapkan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia, melalui Perkara 5, menjamin hak setiap individu di negara ini untuk tidak ditahan secara sewenang-wenangnya dan berhak untuk diberitahu sebab-sebab penahanan serta mendapatkan bantuan guaman. Pihak berkuasa agama Islam negeri Johor sama ada Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri sewajarnya menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat dan bukan sebaliknya. 2. Menghormati Hak Asasi dalam Konteks Islam Hak asasi manusia dalam Islam berlandaskan kepada maqasid al-syariah, yang bertujuan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam Tahun 1990 menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh dipaksa dalam perkara yang berkaitan dengan agama atau kepercayaan. Ini selari dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama, termasuk hak untuk mengamalkan dan menyebarkan ajaran agama. Pihak berkuasa agama mana-mana negeri sekalipun tidak boleh menyalahgunakan mana-mana peruntukan undang-undang termasuk berkaitan syarat tauliah melainkan sewajarnya dilaksanakan secara adil, saksama, tatakelola yang baik serta penuh profesional. Amat memalukan jika permohonan tauliah ditolak tanpa diberikan penjelasan secara jujur berdasarkan undang-undang dan peraturan yang jelas lagi adil. 3. Menyokong Tanggungjawab Menyebarkan Islam Pihak berkuasa agama mempunyai tanggungjawab untuk menyokong dan mempermudah usaha dakwah yang berlandaskan ajaran Islam yang sahih. Penahanan pendakwah yang menyampaikan ilmu agama boleh menimbulkan persepsi negatif dan menjejaskan usaha menyebarkan Islam. Sebaliknya, pendekatan dialog dan musyawarah lebih sesuai dalam menangani perbezaan pandangan atau pendekatan dalam dakwah. Justeru, proses pemberian tauliah mengajar agama sepatutnya dipermudahkan tanpa ada sebarang halangan atau kesukaran yang tidak perlu. Pihak berkuasa agama sepatutnya mencari sebab untuk meluluskan tauliah mengajar agama dan bukannya mencari-cari sebab yang remeh untuk menghalang pemberian tauliah. 4. Menggalakkan Dialog dan Musyawarah Dalam menghadapi perbezaan pendapat atau pendekatan dalam menyampaikan dakwah, pendekatan dialog dan musyawarah adalah lebih sesuai dan berkesan. Ini selaras dengan prinsip syura dalam Islam, yang menekankan perbincangan yang lebih harmoni dan permuafakatan dalam membuat keputusan. 5. Cadangan. Saya menyeru agar pihak berkuasa agama Islam negeri Johor mempertimbangkan semula tindakan yang telah dibuat terhadap Ustaz Mat Esa Deraman dan mengambil pendekatan yang lebih berhemah, bijaksana dan berlandaskan prinsip keadilan serta hak asasi manusia dalam menangani isu-isu berkaitan dakwah dan penyebaran ilmu agama.
Fuzz JRTB
Region: MY
Thursday 29 May 2025 14:42:02 GMT
Music
Download
Comments
akhir zaman :
agama parti persatuan politik.
2025-06-02 06:47:20
0
jonlemond :
pejabat agama bekerja utk pemerintah...bukan utk agama..
2025-05-30 00:01:06
661
Azaman Azaman :
Bagi aku, bukan tanpa tauliah. Lebih tepat tanpa lesen. Mengajar secara haram.
2025-05-29 15:53:50
14
Syena ag :
Zaman anwar, semua pendakwah aswj dia nk hapuskan
2025-06-16 12:20:14
1
nanjungleboy :
durian musang king xde tauliah dpt pegampunan..sorg pun xkna tarik ke balai
2025-05-29 16:16:25
1414
azwanhafiz :
Dia sebenarnya bukan pasal tauliah sangat, tapi kau sentuh pemerintah, yang ada pangkat dan kuasa, ko kena, ko puji tak de apa2
2025-05-29 22:05:43
795
….misa :
Ikut lah undang2. Setiap negeri ada undang2.
2025-05-29 23:13:02
9
channa maru :
Ni Johor bos... ramai lagi ustaz² kat tv tu tak boleh masuk johor...
2025-05-29 23:07:43
39
Hamzah Abdullah895 :
Penceramah2 DAP boleh saja berceramah dlm masjid!! Boleh juga dgn bebas tafsir hadith secara sesat!!
2025-05-30 01:58:51
295
mawi79 :
kalau menghasut,menghina mmg X akan dapat la
2025-05-30 01:54:21
15
azsnbiosunah :
orang Terengganu hebat.Di mana bumi dipijak disitu TAUHID ditegakkan.teruskan ustaz
2025-05-29 21:47:41
646
Laksamana Danburee :
sebab dia ni berpolitik pas dalam masjid..memang x lepas la d johor
2025-05-29 20:35:58
15
Encik M :
Adakah ada tangan ghaib campur tangan dan tekanan dari DAP
2025-05-29 15:23:09
241
Zorro :
Zaman Pmx ni mmg zalim . Bila konsert di beri kelulusan pulak
2025-05-29 23:16:53
179
Kapten Gadjet :
Saya dah check biodata ustaz ni , rupanya orang Terengganu . Moga dipermudahkan segala ustaz .
2025-05-29 21:01:19
253
Zalini25 :
kupasan ustaz,penyampaian ustaz tu yg buat mereka takut,takut rakyat sedar dan faham agama,mereka mmg nak kita semua ni hidup selamanya dlm jahil
2025-05-29 23:19:08
359
SON GOHAN :
ustaz kupas isu pemimpin yg zalim mmg panas la klau org yg mendengar nya..tu ja point nya..😊
2025-05-29 22:46:40
359
haylyeye :
dpt tgk dkt komen ramai yng x suka ulama😌x takut ke weyh benci ulama?
2025-05-30 04:06:39
44
luk93 :
pejabat agama x semua yang betul2 paham ilmu agama ke?
2025-05-29 19:21:52
50
abumundzir :
Zaman luar tabie yg amat penakut dgn kebenaran
2025-06-01 04:40:12
3
p awang :
mereka nak suruh kita ni ikut mereka walau pun mereka itu x betul
2025-06-01 12:34:59
1
Muhamad Rizuan :
Sebar Sunnah Nabi pun kena tangkap..mungkin takut terhapus adat & budaya nenek moyang kot..
2025-06-01 06:27:11
1
acerap_90 :
org yg bermusuh dengan ulamak sama sja dengan memusuhi tuhan...
2025-05-30 00:12:06
82
Mobiz :
wajib mengikut peraturan selagi tidak bercanggah ajaran islam.
2025-05-29 22:38:26
3
king forest d'huma :
jahat btul polis buat perangkap 😭
2025-05-29 22:59:58
32
To see more videos from user @fabiaaz91, please go to the Tikwm
homepage.