@malaysia_force: CH-148 Cyclone ialah helikopter berenjin berkembar pelbagai peranan yang dibangunkan oleh Sikorsky Aircraft Corporation untuk Angkatan Tentera Kanada . Helicopter ini direka menggunakan variant helicopter Sikorsky S-92 , CH-148 dimodifikasi dan dikhususkan untuk operasi kapal dan operasi maritim . CH-148 dilengkapi dengan peranti untuk mencari dan mengesan kapal selam semasa operasi [ ASW ] dan dilengkapi dengan tindakan balas untuk melindungi dirinya daripada serangan peluru berpandu . Sistem Misi Bersepadu yang dibangunkan oleh General Dynamics Canada , begitu juga Sistem Pemprosesan Akustik Sonobuoy . Antara radar yang dipasangkan ialah Telephonics APS-143B , Sistem EO a Flir System SAFIRE III , sonar L-3 HELRAS dan ESM Lockheed Martin AN/ALQ-210 . CMC Electronics menyediakan sistem pengurusan penerbangan, dinamakan Sistem Pengurusan Pesawat CMA-2082MH . #royalmalaysianavy #malaysiaarmedforce