@akps_ksab: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ 26 Jun 2025, Khamis โ YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor telah mengadakan tinjauan awal pagi ini di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), khusus bagi memantau aliran pergerakan bas yang membawa penumpang menuju ke Singapura. Turut hadir mengiringi beliau ialah Puan Damia binti Razali, Timbalan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), bersama pegawai-pegawai kanan AKPS KSAB serta pihak Pengurusan Kompleks Sutan Abu Bakar yang bertugas bagi memberi maklumat di lapangan. Tinjauan ini memberi tumpuan terhadap kelancaran laluan bas dan pengurusan aliran trafik semasa waktu puncak. Beberapa cadangan awal telah diketengahkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan aliran trafik dan keselesaan pengembara tanpa mengabaikan aspek keselamatan kawasan sempadan. Jom ๐ ๐๐๐๐๐ dan ๐๐๐๐ Media Sosial Rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Kompleks Sultan Abu Bakar (AKPS KSAB) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia bagi mendapatkan informasi terkini dan aktiviti berkaitan AKPS. Media Facebook AKPS KSAB https://www.facebook.com/profile.php?id=61572678398257 TikTok Media AKPS KSAB https://www.tiktok.com/@akps_ksab #KementerianDalamNegeri #AKPS #akpsksab #imigresen #JimJohor #mybordercontrol #MalaysiaMadani #KeselamatanNegara #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #sempadanterpeliharanegaramakmurdanmaju #runsgd