@studiomkntv: 𝙉𝙪𝙠𝙞𝙡𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙨𝙖 𝙆𝙚𝙩𝙪𝙖 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙉𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 Negara ini tidak lahir dari kudrat bersalut keringat semata-mata, tetapi dari keberanian menolak tunduk melawan goyah. Pernah dulu musuh menyelinap datang bertempur dengan senjata, kini serangan lebih halus datang dari segenap arah. Keselamatan negara bukan hanya mempertahan sempadan tanah, namun meneliti ruang udara, pentas siber dan keutuhan sosial yang terdedah. Jika leka biar minda dipersenda walau sejenak, bimbang nanti retak kecil menjadi belah membawa rebah. Jika lalai dibuai mimpi melayan alpa walau sesaat, nescaya musuh bakal menyusup tanpa suara senyap-senyap. Demi tanahair, Majlis Keselamatan Negara menjadi perisai, menepis bahaya, mengatur gerak, merencana misi dengan strategi ampuh dan mantap. Bukan hanya merawat krisis, saat ancaman mula melekap tetapi tekun membaca corak agar musuh jatuh tertiarap. Kerana kini penyerang tidak semestinya berwajah, Agenda fitnah, hasutan.. mengubah fikiran, membentuk fikrah. Bukan sekadar mengingatkan, namun seruan buat rakyat agar teguh memastikan negara kekal aman. Kerana setiap nikmat keamanan, tertegak atas kesepakatan dan kepercayaan. Raja Dato' Nushirwan Zainal Abidin Ketua Pengarah Keselamatan Negara #MalaysiaMADANI #TaatSetia #RancakkanMadani #MadaniBekerja #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama #PemikiranStrategikPuncaKemenangan
MKNTV
Region: MY
Tuesday 08 July 2025 11:30:48 GMT
Music
Download
Comments
ENCIK A|A :
54 Tahun MKN🤲
2025-07-15 04:35:28
0
FarnashNash :
Selamat Hari Keselamatan Negara🥰🥰🥰
2025-07-09 01:55:57
0
Amri 😎 :
❤️❤️❤️
2025-07-09 00:57:51
0
muhamadfaris49557 :
👍👍👍👍👍
2025-07-09 03:39:15
0
To see more videos from user @studiomkntv, please go to the Tikwm
homepage.