Hafizah :
Ya Allah, peluklah daku dengan rahmat-Mu, kerana hanya pada-Mu tempat aku kembali. Ketika dunia ini terasa asing, dan jiwa ini dilanda sunyi, biarlah kasih-Mu menjadi dakapan yang menenangkan segala resah.
Ya Allah, damaikanlah aku dengan kasih-Mu, agar tangisan ini berganti senyuman, agar luka ini menjadi penawar, agar gelap ini menjadi cahaya.
Aku hanyalah hamba yang rapuh, berjalan dengan langkah yang goyah, namun aku tahu, selagi ada pelukan-Mu, aku tidak pernah sendiri.
Ya Allah, peluklah hatiku erat-erat, hingga aku merasa cukup dengan cinta-Mu yang tiada bertepi, hingga aku lupa akan pedihnya dunia, kerana syurga-Mu telah aku rasa di dalam damai pelukan kasih-mu.
2025-08-28 06:01:07