@shaharabdllh: Setelah mengiringi YAB Perdana Menteri dalam lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil, kini alhamdulillah, saya telah selamat tiba di tanah air tercinta. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Pejabat Perdana Menteri, seluruh delegasi rasmi, wakil kedutaan, pasukan keselamatan dan semua yang telah menjayakan lawatan ini. Ia bukan sekadar satu misi diplomatik, tetapi bukti kesungguhan Malaysia untuk memperkukuh kedudukan kita di pentas antarabangsa. Walaupun dunia sedang berdepan ketidaktentuan global dari sudut ekonomi, geopolitik hinggalah perubahan iklim, tapi saya yakin Malaysia akan terus utuh. Kita ada potensi besar, suara yang dihormati, dan peranan penting sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Ekonomi dan Kewangan Parlimen, saya melihat lawatan ini telah membuka banyak ruang kerjasama strategik dan menarik minat pelaburan yang mampu membawa manfaat langsung kepada rakyat. Saya juga lihat ada perkara yang boleh dipertingkatkan dan akan menjadi dapatan perbincangan kelak di peringkat jawatakuasa. Saya bawa pulang bukan hanya pengalaman, tapi harapan. Bahawa kita semua, tak kira dari kampung atau kota, layak menikmati hasil kemajuan yang sedang diusahakan ini. InsyaAllah, usaha kita tak sia-sia. #YBShahar #HebatkanPayaBesar #BRICS2025 #PMX
Shahar Abdullah
Region: MY
Wednesday 09 July 2025 07:44:43 GMT
Music
Download
Comments
Wanita Paya Besar :
Alhamdulillah..
Terbaik YBS 👍👍
2025-07-09 13:06:55
0
kendo :
terbaik YB
2025-07-09 12:35:23
0
Fairuz Ismail :
Alhamdulilah syukur
2025-07-09 09:16:01
0
lanke55 :
😎😎😎
2025-07-09 13:46:23
0
kekanda Haz kl :
❤️❤️❤️❤️❤️❤️
2025-07-09 07:53:47
0
To see more videos from user @shaharabdllh, please go to the Tikwm
homepage.