@jpkkkgbasong: Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong atau sebelum 3 Mei 1983 dipangggil dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sayong telah siap dibina pada penghujung tahun 1973. Sebelum adanya sekolah ini, sebahagian besar pelajar-pelajar terpaksa menyeberang ke Kuala Kangsar sekiranya mereka ingin meneruskan persekolahan. Pelajar–pelajar ini datangnya dari beberapa buah kampung yang berdekatan. Mengikut pendapat beberapa orang terkenal di kawasan ini seperti Tuan Haji Yeop Hamzah bin Pandak Awam (Ketua Kampung Sayong Tengah, 1969-1974) dan Encik Zainuddin bin Andika (Ketua Kampung Sayong Hulu, 1974 - 1978) bahawa pada mulanya penduduk-penduduk di kawasan Sayong telah memohon sebuah jambatan. Menyedari tentang kesulitan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar serta orang kampung, akhirnya sebuah sekolah menengah telah dibina. Dengan jasa baik YB Tan Sri Ghazali Jawi yang pada ketika itu adalah ahli Parlimen bagi kawasan Kuala Kangsar yang juga Menteri Pertanian Malaysia, Kerajaan Pusat pun meluluskan peruntukan bagi mendirikan sebuah sekolah menengah. Pengetua yang pertama bagi sekolah ini ialah Encik Ishak bin Mohd Ali. Sebenarnya pelajar-pelajar sulung sekolah ini hanya dapat belajar di sini pada 16 Julai 1976. Sebelum ini mereka terpaksa menumpang di SMK Jalan Kenas yang sekarang dikenali sebagai SMK Bukit Merchu. Hal ini berlaku disebabkan tidak cukup kelengkapan sekolah seperti perabot serta alatan lain. Generasi pertama yang belajar di sekolah ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 1, iaitu seramai 116 orang dengan tenaga pengajar seramai 6 orang. Memandangkan bilangan pelajar yang semakin bertambah serta desakan ibu bapa dan masyarakat sekitar akhirnya pada tahun 1983, sebuah bangunan kilat yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah telah pun didirikan. Pada tahun 1975 hingga tahun 1982 pelajar-pelajarnya meliputi pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Hanya pada tahun 1983 barulah diwujudkan kelas tingkatan 4 dan diikuti kelas tingkatan 5. Kemudian pada tahun 1990 sebuah lagi bangunan yang mengandungi 2 bilik darjah dan sebuah surau telah didirikan bagi menampung kekurangan yang ada. Pada tahun 1999, sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan baharu bagi menempatkan pelajar-pelajar. Pada penghujung tahun 2000, sekolah ini mendapat bangunan untuk dijadikan makmal komputer dan 2 buah bangunan 2 tingkat. Sekolah ini telah banyak berjasa kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini. Walaupun rata-rata pelajar-pelajar di sini datangnya dari keluarga yang berpendapatan rendah, namun ia langsung tidak menjadi batu penghalang kepada mereka untuk mengecap kejayaan yang gilang-gemilang. Dengan jumlah pelajar yang semakin bertambah, juga kelengkapan fizikal yang semakin baik, Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong terus bergerak seiring dengan kemajuan pesat negara.
JPKK KG BASONG
Region: MY
Saturday 12 July 2025 03:30:31 GMT
Music
Download
Comments
DR ABD RAZAK YAHAYA :
terima kasih semua cikgu .tanpa cikgu semua .skrg saya tak menjadi manusia yang berilmu .
cikgu Shafie,arwah cikgu Yahya,cikgu ouk,cikgu Latifah cikgu hayati,ustazah Kamaliah,teacher ,cikgu bakyah dan yang lain .terima kasih banyak banyak ..hari ini anak murid kamu telah mencapai matlamat pendidikan bergelar Doktor falsafah . Alhamdulillah.
2026-05-31 13:46:49
0
Saya Saha :
hadir 1997 hingga 2001 , belakang rumah padang sekolah
2026-03-11 05:19:46
0
Kasma Watie :
👍👍👍
2025-07-12 04:10:39
0
qaifaa :
🥰
2025-09-10 13:37:47
0
To see more videos from user @jpkkkgbasong, please go to the Tikwm
homepage.