@nadma_malaysia: Majlis Amanat Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Tahun 2025 | 9 Julai 2025 | Dewan Wawasan, Markas Pasukan SMART, Puchong Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Amanat Ketua Pengarah NADMA tahun 2025 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); Tuan Haji Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) serta pegawai-pegawai kanan dan seluruh warga kerja NADMA. Majlis ini turut diserikan dengan sesi pembentangan dan perkongsian pengalaman oleh beberapa orang pegawai NADMA yang telah menyertai kursus, seminar dan lawatan rasmi ke luar negara sepanjang tahun 2025. Antara pegawai yang terlibat dalam sesi ini ialah Encik Mohd Faizal bin Abd Hamid dari Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, Puan Anis Syarafina binti Apandi dari Seksyen Kewangan dan Akaun, Puan Zurriyati binti Ya'akub dari Seksyen Teknologi Maklumat dan Puan Che Siti Noor binti Koh Poh Lee @ Che Mamat dari Seksyen Penyelarasan Operasi. Perkongsian mereka meliputi input dan amalan terbaik yang diperoleh sepanjang penglibatan antarabangsa tersebut. Adalah diharapkan amanat yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah serta pengisian ilmiah daripada sesi perkongsian ini dapat memberi inspirasi, memperkukuh semangat kerja berpasukan dan mendorong kecemerlangan berterusan dalam pengurusan bencana di negara ini. #taatsetia #malaysiamadani #madanibekerja #malaysiamadanisiagabencana #kesiapsiagaanbencanatanggungjawabbersama
NadmaMalaysia
Region: MY
Monday 14 July 2025 09:39:20 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @nadma_malaysia, please go to the Tikwm
homepage.