@xpose011: 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆-𝐊𝐑𝐎𝐇 𝟏𝟗𝟕𝟗 Pada 20 Julai 1979, satu konvoi menghantar pesakit dari pekan Baling ke Kroh (sekarang Pengkalan Hulu) telah diserang hendap oleh sepasukan pengganas komunis seramai kira-kira 20 orang. Peristiwa berlaku di Batu 54, Jalan Kroh-Baling pada jam 10:45 pagi. Konvoi ini yang mengandungi 1 x ambulans, 1 x trak 3 tan dan 2 x Land Rover telah berada dipekan Baling pada jam 7 pagi. Mereka menunggu pasukan Peninjau untuk mengeskot mereka dengan kereta perisai. Pada jam kira-kira 9 pagi, konvoi tersebut meninggalkan pekan Baling dengan tambahan 2 x kereta perisai V-150 Commando dari pasukan "Bravo" Skuadron, 2 Rejimen Peninjau. Susunan pergerakan konvoi didahului oleh kereta perisai V-150 (nombor ZA744), diikuti ambulans, 2 x Land Rover, 1 x trak 3 tan dan dibelakang sekali adalah sebuah lagi kereta perisai V-150. Ketika tiba di satu selekoh sebelum sekatan jalanraya yang dikendalikan oleh anggota tentera, tiba-tiba konvoi diserang hendap. Sasaran pertama pengganas komunis adalah ambulans. Disebabkan jalan yang sempit untuk kereta perisai V-150 membuat pusingan, pemandunaya terpaksa mengundurkan kenderaan manakala jurumeriam (gunner) pula memusingkang turret ke arah kedudukan pengganas komunis. Bagaimanapun, sebelum sempat membalas tembakan (kerana hendak menukar posisi dan mendapatkan arah tembakan dibuat), pengganas komunis telah menembak kereta perisai tersebut dengan senjata anti-tank. Kenderaan ini telah terbakar dan mengorbankan ketiga-tiga krew didalamnya. Lain-lain anggota terus terjun dari kenderaan masing-masing untuk mendapatkan perlindungan. Beberapa anggota didalam Land Rover turut tercedera. Bagaimanapun, tembak-menembak ini telah didengar oleh anggota tentera yang berada di Kem Kroh, termasuk seorang juruterbang helikopter Alouette III. Helikopter ini telah dilengkapkan dengan meriam 20mm dan bertindak sebagai "gunship". Alouette bersenjata ini juga pernah dijadikan sebagai Forward Air Controller (FAC), yang memberi panduan kepada jet-jet Tebuan untuk membuat serangan darat dalam beberapa operasi oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengebom kedudukan pasukan pengganas komunis. Berbalik kepada serang hendap tadi, helikopter Alouette dari No. 3 Skuadron, TUDM Butterworth terlah berlepas pada pagi hari kejadian untuk tugas eskot kepada helikopter Nuri di kawasan Operasi Selamat Sawadee, Kroh. Juruterbang dan seorang pegawai artileri menceritakan mereka nampak kepulan asap dari kawasan serang hendap tersebut. Juruterbang Alouette telah menghubungi pihak atasan TUDM bagi mendapatkan kebenaran untuk memberikan bantuan kepada konvoi tersebut, akan tetapi respons tidak diterima dengan segera. Memandangkan kesuntukan masa, tanpa kelulusan yang diperlukan, beliau membuat keputusan untuk terbang ke lokasi serang hedap tersebut. Dengan inisiatif sendiri, beliau telah mengarahkan gunner untuk menembak ke arah pokok-pokok yang dipercayai tempat perlindungan pengganas komunis. Musuh sungguh bernasib baik kerana Alouette gunship hanya menggunakan peluru 20mm "ball" bukannya jenis "HE" (high explosive). Buat seketika waktu, TUDM telah kehabisan stok 20mm HE dan sementara menunggu sebuah C-130 Hercules terbang ke Portugal untuk mendapatkan stok, gunship hanya menggunakan peluru 20mm ball sahaja. Peluru ini kurang memberikan impak berbanding letupan yang lebih kuat dari jenis 20mm HE. Tindak pantas juruterbang helikopter Alouette tersebut telah mendapat penghargaan, apabila No. 3 Skuadron menerima surat utusan penghargaan dari Mej Jen Dato' Jamil Ahmad. Kemungkinan besar ramai lagi akan menjadi korban serang hendap tersebut jika helikopter Alouette itu tidak memberikan bantuan dengan kadar segera. Muzium Tentera Darat telah mendirikan sebuah monumen bagi memperingati pengorbanan yang telah dibuat oleh anggota-anggota tentera dalam peristiwa ini.

XPOSE RADIKAL
XPOSE RADIKAL
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 16 July 2025 03:11:37 GMT
5872
115
11
15

Music

Download

Comments

zalilie877
Zali Lie :
Skrg kominis dah jadi kerajaan atas sokongan anuar dn wak jahit🤣🤣🤣
2025-07-16 03:39:17
7
mohdazizy2409
Ford Ranger T7 :
berlubang armor perisai tu,berjuang hingga titisan darah terakhir pada anggota yang terlibat tu,Al fatihah dibaca pada mereka yang terkorban
2025-07-16 07:13:46
3
user300577952
Who Am I :
3 org yg terkorban itu arwah Azmi,arwah Abu Hassan kawan rapat asrama bujang ku dan arwah Ramli
2025-08-23 02:54:45
0
mioijo388
M!0 !j0 :
aku bca je pon mnitek air mata,skrg ni ,ubi yg kita tanam d kebon sndry pon kite segan nk mkn,sbb nk jaga prsaan Babi yg rakus nk mkn....😢
2025-07-16 05:03:09
1
abgfive4
Abg@five :
sekarang komunis dah dlm kerajaan [wronged][wronged][wronged]
2025-07-16 03:34:34
1
wanzuraimiwiraexo
wanzuraimi :
Arwah abah keje dgn JKR mase tu.. Mmg die crite keje buat jalan situ.. tentera kita yg jage keselamatan.. Slalu komunis serang hendap
2025-07-16 04:44:42
1
kamarudinseman36gmail.co
Kamarudin Rudin845 :
saya syor pihak yang berkenaan sila pasang semula tayar kereta perisai
2025-07-19 08:11:16
0
sulaimannordin8
sulaimannordin :
Salam...ketika itu saya juga bersama B Sqn 2 peninjau....masih ingat lagi kejadian it ...skod saya telah kembali Ke Ramatullah.Al Fatihah..dari 503588
2025-07-25 04:54:25
0
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About