@baragas.news: Pendakwah selebriti terbabit amang seksual remaja didedah Nurul Izzah sudah didakwa - Polis KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang pendakwah selebriti yang didakwa terbabit kes amang seksual seperti didedahkan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, sudah pun didakwa di mahkamah. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata setakat ini, pihaknya menerima lapan laporan polis terhadap pendakwah selebriti terbabit. Menurut beliau, daripada jumlah itu tujuh kes berlaku di Pulau Pinang, manakala satu di Kedah. "Kes amang seksual membabitkan pendakwah selebriti itu di Pulau Pinang kini dalam perbicaraan. "Semua mangsa adalah remaja lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun dan pendakwaan terhadap suspek sudah dibuat pada 2023, 2024 dan juga tahun ini," katanya ketika dihubungi. Ahad lalu, Nurul Izzah dalam hantaran di Facebook memaklumkan pendakwah terbabit menggunakan minat salah seorang mangsa sebagai jalan untuk memulakan perbuatan terkutuknya. "Pada usia yang mentah, di saat seorang anak melihat orang dewasa sebagai pemimpin dan pembimbing, hadir seorang ustaz selebriti yang dikenali ramai, mendekatinya dengan janji mahu membimbingnya ke jalan agama. "Dia gunakan minat mangsa terhadap nasyid, namun rupa-rupanya hanyalah helah untuk satu niat keji," katanya melalui hantaran itu. Beliau memaklumkan, laporan polis dibuat mangsa selepas gangguan seksual itu berlaku. Difahamkan, pendakwah terbabit turut mengambil tindakan saman terhadap keluarga mangsa, serta meminta permohonan maaf secara terbuka. Nurul Izzah turut memberi jaminan akan terus melindungi mangsa dan memastikan keadilan berpihak kepada yang benar.
BARAGAS NEWS
Region: MY
Thursday 17 July 2025 13:14:47 GMT
Music
Download
Comments
yam :
Kenapa kes ni dia sibuk
2025-07-18 04:23:20
10
Abu Ubaidah 24 :
tanya saifu ..betul ke
2025-07-18 00:54:01
9
Rizaldo :
Walaun terasa pasal apa .🤣🤣🤣
2025-07-18 23:26:39
5
Che Ghani :
jaga PKR lebih baik....
2025-07-18 07:25:56
1
Basariah Basrah :
Buat keja Salah tak buat keja Salah. Tau tak klu didiamkan kita satu Malaysia berdosa. Balajarlah bershukur.
2025-07-18 15:15:10
11
tanker :
Kalau selebriti cepat kak zah buat report tapi kalau staff jkm buat onar dalam rumah kanak kanak senyap ja walaupun report dah buatt.
2025-07-18 08:45:29
3
Abdul Razak :
kes bapak?
2025-07-18 12:46:02
10
AZIZAH :
Izzah bagitau je nama pendakwah...jangan spin plk
2025-07-19 06:30:05
4
Red31984 :
So? What with nurul izzah? Who is she?
2025-07-18 11:52:49
0
Fairus Shaba :
pastinya walaun
2025-07-19 16:28:18
1
Ajah :
Dia baru tau ke,kesian betullah.
2025-07-18 12:16:59
0
BODENGKU :
Yusop pun kes yg sama
2025-07-18 10:13:58
6
Acis Along :
pasal yr tk ambil tau ke? 😂😂😂😂😂
2025-07-18 03:34:16
5
Shima Salleh :
don't give a chance to all this big2 culprit bertopengkn manusia baik. take action wahai pdrm
2025-07-18 01:12:11
3
Saravanan Gavarriah🦅⚡ :
Ya bagus Negara blh maju dikalangan antarabangsa
2025-07-18 06:15:09
2
Tuan Tanah :
ati2 dgn Dunia akhir zmn ni, fitnah berleluasa...selidik dahulu sblm menaip yg bkn2...
2025-07-19 15:28:15
1
mizie :
dia mcm Lupa juga yee..
2025-07-18 16:23:20
1
Sabbat :
salah pmx dan dap juga..kata2 walaun
2025-07-20 08:01:50
0
Ezuan Maslan :
sape ustad ni??ad yg tau ke siapa?
2025-07-19 12:23:20
0
udin :
👍👍👍👍👍👍
2025-07-18 09:57:06
1
shaharuddindin2 :
🥺
2025-07-18 08:21:20
1
FATHLNLINI 12.6.1997 2009 :
🤔🤔🤔
2025-07-18 06:51:22
1
Rossidah Saat :
😱😱😱
2025-07-18 03:25:05
1
AL IMAN :
😁
2025-07-17 22:21:57
1
To see more videos from user @baragas.news, please go to the Tikwm
homepage.