@jernih.hati13: Apa itu ISTIDRAJ . Maksud Istidraj adalah Ianya pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya . Inilah yang dinamakan Istidraj . Manusia Istidraj – Manusia yang lupa daratan . Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah SWT menyayanginya . Mereka memandang hina kepada orang yang beramal . “Dia tu siang malam ke masjid , basikal pun tak mampu beli , sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah . Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah . Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku , katanya sombong .” Sebenarnya , kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya . Rasullulah SAW bersabda : " Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka) , ketahuilah bahawa orang itu telah di Istidraj kan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT . Aamiinn سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ Maksudnya: “Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah al-Qalam (44)
Jernih Hati
Region: MY
Sunday 27 July 2025 15:43:31 GMT
Music
Download
Comments
MONKEY.D.LUFFY :
🥰
2025-09-26 06:47:20
1
Tok_Pengayuh69 :
🥰🥰🥰
2025-07-27 16:29:12
1
Din. Jaldin5155 :
🤲❤️🤲🙏
2026-05-22 22:17:08
1
To see more videos from user @jernih.hati13, please go to the Tikwm
homepage.