@amirul.ramli: Anda rasa terganggu… tapi tak tahu kenapa? Pernah tak anda tiba-tiba rasa sedih sangat, sensitif, gelisah, atau terasa hati walaupun tak ada apa-apa pun yang berlaku? Anda cuba fikir. “Kenapa aku rasa macam ni?” Tapi tak jumpa jawapan yang jelas. Hati rasa kacau, tapi otak tak tahu puncanya. Inilah kesan infantile emotional memory, emosi yang tersimpan sejak zaman kecil, tapi anda tak sedar pun ia wujud. 5 tahun pertama dalam hidup kita adalah masa yang sangat kritikal. Otak sedang berkembang, dan waktu inilah banyak emosi asas tertanam. Rasa selamat, rasa disayangi, rasa ditolak, rasa takut. Tapi masalahnya… Kita tak ingat apa yang berlaku. Fenomena ini dipanggil infantile amnesia. Otak bayi memang boleh simpan memori, tapi tak cukup matang untuk menyusun dan ingat balik peristiwa dengan jelas bila dewasa. Bayangkan ada satu fail emosi lama, tapi anda tak tahu tajuknya apa. Bila fail itu terbuka (trigger), anda rasa sesuatu. Tapi anda tak tahu dari mana datangnya. Contoh: Anda rasa mudah kecewa bila orang tak balas mesej. Anda terlalu takut kena marah, walaupun dalam situasi biasa. Anda rasa down bila tak dapat perhatian. Ini semua mungkin datang dari emosi lama yang tertanam sebelum anda boleh bercakap, berfikir, atau menyusun naratif hidup. Jadi, apa anda boleh buat? Tips Penyelesaian 1. Alert dengan emosi yang muncul Bila anda rasa terganggu secara tiba-tiba, berhenti sebentar. Tanya diri: “Apa yang aku rasa sekarang?” Contoh: takut, malu, kecewa, marah, kosong. Menamakan emosi ini sahaja sudah bantu prefrontal cortex (otak rasional) ambil alih kawalan dari amygdala (otak emosi). 2. Fikirkan punca walaupun samar Cuba kaitkan dengan situasi sekarang. “Apa yang berlaku sebelum aku rasa macam ni?” Kadangkala anda takkan jumpa jawapan tepat, tapi boleh teka: “Mungkin sebab dia tak respon aku rasa ditolak.” “Mungkin sebab aku rasa tak cukup dihargai.” Ini bukan untuk salahkan sesiapa, tapi untuk kenal pasti corak lama yang muncul kembali. 3. Rasionalkan dengan suara dewasa Gunakan inner voice anda yang matang. Bercakap dengan diri macam anda bercakap dengan kawan baik. Contoh: “Kalau dia tak balas, mungkin dia sibuk. Bukan sebab aku tak penting.” “Perasaan ni datang dari tempat lama. Tapi aku bukan budak kecil lagi. Aku selamat sekarang.” Bila anda boleh rasionalkan, emosi jadi stabil semula. 4. Bina set memori baru: Episod emosi baru Kalau emosi lama sukar dipadam, atasi dengan pengalaman baru. – Rancang aktiviti yang beri rasa sosial gembira. – Kerap jumpa orang yang menyokong, bukan menjatuhkan. – Catat pencapaian kecil, walaupun sekadar “hari ni aku tak marah balik walau orang provoke.” Setiap kali anda alami sesuatu yang positif, ulang rasa itu. Ini bantu otak cipta sambungan saraf baru, dan lama-lama memori emosi lama akan makin lemah. 5. Rehearsal dan self-talk baru Ulang ayat-ayat baru yang lebih sihat. “Aku layak disayangi.” “Aku tak gagal. Aku sedang belajar.” “Tak balas mesej bukan bermakna orang benci aku.” Semakin anda ulang, semakin kuat “fail baru” ini ditulis dalam otak. Banyak emosi yang anda rasa hari ini… mungkin bukan tentang hari ini pun. Tapi anda tak perlu hidup dalam bayangan emosi lama. Dengan kesedaran, rasional yang lembut, dan penciptaan episod baru yang positif. Anda boleh tukar semula fail lama kepada versi yang lebih sihat. Bukan padam memori lama. Tapi tulis yang baru, dengan anda sebagai penulisnya sekarang. #MentalHealth

AmirulRamli | MentalHealth
AmirulRamli | MentalHealth
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 29 July 2025 00:17:41 GMT
17104
1621
62
139

Music

Download

Comments

kaksharp
Shafiqah Lee :
patut laa sepupu saya sampai hari neh umuq dah 30thun dah..depa masih ingat mak depa pernah cakap tak mau jaga depa sebelom bercerai ngan pak depa...traumaaa memori x best..masa tuh depa 5thun...smpai hari neh tak pergi cari mak depa walaupun masih hidop ...."buat apa nk cari mak tak mau kat kami"🙃
2025-07-29 08:51:38
4
amirul.ramli
AmirulRamli | MentalHealth :
bila memori terawal yang anda boleh ingat?
2025-07-29 00:18:42
2
shahinizumi
Wahai Atma :
Awal sangat ni
2025-07-29 00:25:59
0
peneram10sen
UMMU HANI :
memori terawal, rasanya usia 2 tahun. Naik kapal terbang.. Sampai skrg ingat moment tu.
2025-07-29 00:48:40
1
mira35934
mira :
masa 3 tahun... waktu pagi. rumah Masih guna pelita minyak tanah... adik meniarap. nak ambik pelita tu..mak dekat tempat basuh pinggan. so sebagai kakak pi hulur pelita tu dekat adik. dia genggam pelita tu... pastu menangis terbakar tangan dia... sampai sekarang Masih ada kesan... huhu...
2025-07-29 03:07:56
15
_mynameisiqa_
_iQa_ :
sy suka topic ni cikgu 🤩👍. memori yg saya boleh ingat terawal dlm umur 4 tahun..yg sebelumnya sy x dpt ingat. kini sy dah dpt jawapannya. nah munge utk cikgu 🌺🌻🌹
2025-07-29 07:19:13
5
iramikaearlylearning
IRAMIKA Early Learning :
Saya ingat telinga kena tindik 🤣🔥
2025-07-29 10:16:52
2
nurhamizahmokhsin
nurhamizahmokhsin :
Zaman sekarang blh rakam video anak2.. Adakah anak2 akan ingat peristiwa dlm video tu ye?
2025-07-29 01:21:12
0
mimimaslan91
MimiDohnutzHouse :
Sy masih ingt 1st meal mak sy buat utk sy. Sy masih merangkak,mak sy blend nasi dgn sayur hijau atas peti ais,dan sy tunggu depan pintu dduk utk mkn.sy rasa nasi blend tu sedap sgt.mngkin sy ingt sb rasa nasi tu sedap sgt kot.
2025-07-29 02:03:51
3
dina0mar91
Dina0mar :
Masa umur 4 tahun. Agak jelas memories tu. Ada a few dan semuanya revolve dlm perkara yg sama iaitu dlm bulan pertama adik sy dilahirkan. Guess that they are the moments when i felt too excited and happy.
2025-07-29 14:42:04
0
syakinacollection
syakina collection :
memori ingat yg jelas sampai sekarang..memori masa tadika...ingat sapa berak dlm seluar...kawan baik kelas sebelah....cikgu cikgu tadika...rumah dia dimana pon tau di mana....
2025-07-29 04:00:04
6
deeba_2691
diba ramli💐 :
paling ingat..dlu2 susah arwah ayh ada basikal tua ja..ayh hntr g tadika kemas naik basikal tua tu...kdg2 balik dr tadika ayah singgah warung kopi sggah srapan..ayah tuang kopi dlm piring utk bg cepat sejuk...Al fatihah bt arwah ayah..memori yg xpernah lupa..sederhana tp menggamit kenangan..
2025-07-30 00:27:31
1
azeelasin84
Azee Lasin :
masa umur 5 tahun bibik gosok lutut saya pakai berus kain..sakit ya..pastu dorg tipu nak ikut keluar petang mesti tdo siang tp dorg tipu..sakit hati.... sampai skrg teringat2...dah ada anak ni x pernah rasa nak tipu anak...
2025-07-29 05:02:07
0
oneseventworecords
oneseventwo Record :
sy ingt umur bawah 1tahun tido dlm kelambu warna hijau kecil mcm tudung salji😋& duduk dlm walker warna biru mkn bubur+kentang lenyek+carrots+sayur bayam mak sy suapkan mkn💯
2025-07-29 07:25:07
0
meloaisssss
hifive :
Saya ingat saya rindu ibu bapa saya sebab diorang tinggal saya kat rumah nenek, dan masatu rindu yang teramat sangat sampai termimpi2, saya balut kain batik untuk hilang rindu, dan saya sayang sangat dekat nenek sebab tolong jaga saya, tapi saya rasa benda ni sekejap je, mungkin berbulan je tapi melekat diingatan
2025-07-29 06:16:00
1
aidadhia
dhiaayda :
menarik fakta ni
2025-07-31 01:16:45
0
atiqah_brutal
atiqah_brutal :
hmmm, saya penah hilang dalam carrefour masa 4-5 tahun, alhamdulillah x kena culik tho. i got 6 stitches at my forehead, blunt force trauma injury dalam 4-5 tahun jugak.
2025-07-29 07:02:14
0
mardd99
mardd :
masa baru lahir..dlm pantang😆😆 sy igt
2025-07-29 13:56:00
0
0rangbiashe
Missooo :
Encik kenapa ye saya benda yang bahagia benda yang baik yang indah saya tak boleh ingat? Saya hanya ingat perkara yang buruk atau tak best sahaja..
2025-07-30 08:01:15
3
huz_b4ha
huz_b4ha :
My conciousness starts at 4 years old (maybe March 1990): mak tgh bedung adik no7 newborn.
2025-07-29 22:20:26
0
oppiesyedali
OPPIE SYED ALI :
saya ingat masa kecik .. orang suka sangat provoke buat saya marah. sebab bila saya muncung tu comel sangat. cuma saya rasa, kesannya sekarang, mungkin, buat saya mudah sangat stress, meradang dan pendam perasaan kalau orang buat saya marah.. so, jangan provoke budak kecik hanya sebab anda suka tengok dia comel bila marah. kesian kat dia bila dia tua nanti 🥺
2025-07-30 06:42:45
0
husnaituaku
husnaituaku :
Mcm bnyk je yg ingat masa mula2 tak pakai pampers pun ingat. Tp ok lah bnyk yg ingat klu tak, tak ingat arwah mak sy pulak. Masa sy 6 tahun dia dah xde
2025-07-29 07:21:02
0
atuk_kebayan
soprano06 :
klu bende seminggu lepas pon tk ingat ni kan masa 5 tahun dulu
2025-07-29 09:32:50
1
madeytenang
MADEY1975 :
umo 5 tahun..boleh ingat lagi Smpai skrang arwah nenek suka pimpin tangan br jalan2.. skrang suka bawa isteri "MKN angin"..👍😁
2025-07-29 00:57:58
4
atikah_jaffri
N.Atikah.J :
so. bile ade trauma etc, kite tak boleh rasionalkan. then benda tu effect personaliti kite sampai besar. pengajaran nya, untuk anak kita, keep their 5 early years with golden memories. membentuk siapa dia nanti.
2025-07-29 01:14:18
1
To see more videos from user @amirul.ramli, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About