@ppn.pulau.pinang: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ 19 JULAI 2025 โ YAB Datoโ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan majlis peluncuran Pelan Induk Bumiputera Pulau Pinang (PIPBPP) 2026โ2035, Program Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) bertempat di Dewan Besar, UiTM Permatang Pauh. Tiga inisiatif strategik ini dirangka bagi memperkasa sosioekonomi Bumiputera Pulau Pinang secara menyeluruh melalui pendekatan berfasa, inklusif dan mampan. Pelan Induk yang dilancarkan bakal menjadi panduan utama pembangunan komuniti Bumiputera negeri ini dalam tempoh 10 tahun akan datang, berpaksikan prinsip Malaysia MADANI. Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina masa depan yang lebih lestari dan inklusif untuk rakyat, khususnya masyarakat Bumiputera di Pulau Pinang. #volumeaccuracyspeed #MalaysiaMadani #ppnpp #TaatSetia #ICUJPM #ppnpp