@onnhafiz: Syukur Alhamdulillah. Semasa lawatan kerja ke Singapura, saya dan delegasi berpeluang melawat Geylang Serai Market & Food Centre, salah satu pasar dan pusat penjaja yang diurus oleh National Environment Agency (NEA) Singapura. Kompleks dua tingkat ini menempatkan 302 lot pasar basah dan 63 gerai makanan halal, menjadikannya pusat komuniti penting dan simbol warisan budaya masyarakat Melayu di Singapura. Lawatan ini memberi peluang kepada Johor untuk meneliti secara dekat model pengurusan hawker centre yang tersusun, bersih dan inklusif. Antara aspek menarik termasuklah kadar sewa terkawal bagi menjamin harga makanan berpatutan untuk menjamin harga makanan mampu milik kepada pengguna. Ia turut dilengkapi sistem penggredan kebersihan yang ketat, latihan wajib kepada pengendali makanan, serta penguatkuasaan melalui teknologi seperti CCTV, sistem e-denda dan penggunaan sensor pintar (IoT) untuk sanitasi dan pemantauan kesesakan. Selain itu, NEA turut mengurus pusat ini melalui model social enterprise, iaitu pengendali bukan untung yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan peniaga kecil dan mengekalkan keseimbangan sosial. Pendekatan ini amat relevan untuk diteliti dan disesuaikan di Johor, khususnya dalam usaha mentransformasikan pengurusan pasar awam dan pusat penjaja agar lebih cekap, mampan dan menyokong ekonomi rakyat, terutama golongan mikro, B40 dan usahawan kecil. Kerajaan Negeri Johor akan terus komited mengkaji dan menterjemahkan kaedah terbaik seperti ini ke dalam dasar tempatan. Matlamat kita adalah untuk memperkukuh sektor ekonomi komuniti melalui kemudahan yang lebih teratur, bersih dan mesra pengguna demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri yang inklusif. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor #LKYEF
Onn Hafiz
Region: MY
Saturday 02 August 2025 10:00:28 GMT
Music
Download
Comments
apitoz :
Actually kite singapure pun perlu Menteri melayu yg bela rakyat mcm tuan MB Johor yg membela rakyat Johor.
2025-08-02 13:20:09
677
Daddy Zann :
Definitely, beyond any doubt, THE BEST Mentri Besar in Malaysia. Bekerja keras, bersungguh sungguh, ikhlas and no nonsense. It is imperative that he stays as Mentri Besar of Johor. Whatever happens at the federal level I couldn't care less, Onn Hafiz MUST stay as MB Johor.
2025-08-02 12:18:59
475
maszaini690 :
This JB MP is very humble, and MY should have more MP like him.
2025-08-02 13:14:46
274
alexryan961 :
can start at Larkin market
2025-08-02 12:34:28
147
Mas Rucelee :
I've been to S'MART Pandan Wet Market and I can say it's almost similar to Geylang Serai Market... Im quite impressed with the cleanliness... Its soo different from Larkin...
2025-08-03 02:41:16
96
Nesa Taha🎗️💙 :
hrp dato' plan la jgk "cdc voucher" mcmni khas utk kami rakyat Johor 😆
2025-08-02 16:08:26
131
👑🅱️LaQ_7one1 :
TMJ always say, no need to go far away learn from other foreign country. Its just across the bridge...
2025-08-03 05:22:56
80
sleepingbeauty :
respect! he came into the wet market with dress shoes!🤭 this was on thursday morning
2025-08-02 17:09:18
47
Zah Ismail :
JB need someone like Dato untuk membangun lebih pesat Dan maju..and spore one of the best contoh untuk org2 JB Dan rakyat Msia.😄
2025-08-02 14:52:06
67
Ahmad Sam350 :
dato' ambil contoh yg baik disini kemudianbuat contoh disana .. in sya Allah .. boleh baik keadaan disana ..
2025-08-02 13:17:27
106
Iim :
You are a good minister. Open to learning from others to bring betterment to your people. Press on and all the best!
2025-08-03 03:28:32
8
kimyo :
Good looking, humble and hard working Johor Mentri Besar. Spore welcomes you and team. May Spore & Johor relations continue to flourish and prosper and peace. 👍💪
2025-08-02 15:25:08
54
👁️💩👁️ :
The man who walks the talk.. Syabas YB 👍
2025-08-02 22:54:46
9
ava_6414 :
Good bench marking.No need to spend so much money to bench mark other developed countries.Our neighbouring country just a crossed the causeway. This is a good example of leadership. Not to waste rakyat’s money.
2025-08-02 13:20:51
55
🇸🇬MrMayorMorningstar🇵🇭 :
another respected figure Dato Onn Hafiz. Thank you visiting us.
2025-08-03 01:13:22
69
Rex :
Selamat Datang. You are doing a Great Job in Johor. Kudos.
2025-08-02 13:45:33
28
UoonUone :
I hope JB will enjoy peace, progress, stability and prosperity under your leadership
2025-08-02 14:25:19
30
Tengku Muhammad Iskandar shah :
siap2 lah Larkin akan berubah wajah persis Geylang serai tempat terkenal dan penuh nostalgia. sehinggakan ada lagu Geylang si paku Geylang dan Geylang Waktu Petang❤️
2025-08-02 16:29:36
66
Arilhairi :
If malaysia minister have more like dato onn..the country will prosper and better in managing the system
2025-08-03 01:20:52
9
Kopi :
Dato Hafiz is a good guy. Very humble too. The best Johor MB in the last decades.
2025-08-02 13:28:18
19
Hairi BobDozo :
wow ... jarang nampak menteri dari luar berjalan di geylang serai .... terbaik MB Dato Onn Hafiz
2025-08-02 16:25:14
14
rozzmahfudz :
Selamat datang Dato semoga
di beri kesehatan dan maju dlm kerjaya Amin
2025-08-02 11:09:32
32
ty :
welcome to spore & geylang serai ..🥰
2025-08-02 13:12:09
19
Sue :
Terima Kaseh Datok kerana meluangkan masa di Geylang…👍
2025-08-02 17:28:32
9
Rue Cambon :
Thank you for your recent visit to my humble country, Sir🙏😍
2025-08-02 16:53:40
9
To see more videos from user @onnhafiz, please go to the Tikwm
homepage.