@kliniksemerah: 31 Rumah Dilawati: Klinik Semerah Komited Perluas Khidmat Rawatan Ke Rumah BATU PAHAT, 4 Ogos 2025 – Klinik Semerah terus memperkukuh komitmen dalam memberi perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada komuniti apabila berjaya melaksanakan 31 lawatan ke rumah (Home Visit) dari Januari hingga Julai 2025. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pesakit yang sukar untuk hadir ke klinik, terutamanya warga emas, pesakit terlantar, dan mereka yang memerlukan pemantauan kesihatan berkala di kediaman masing-masing. Menurut data dikeluarkan oleh Klinik Semerah, jarak paling jauh yang ditempuh pasukan perubatan mereka bagi tujuan lawatan ialah sejauh 24 kilometer, manakala purata masa yang diambil bagi setiap lawatan ialah sekitar 2 jam. Pengendalian home visit ini melibatkan doktor dan jururawat terlatih yang memberi perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan, rawatan ringan dan pemantauan susulan. “Kami akan teruskan usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada setiap penduduk di Semerah, Sungai Balang serta kawasan sekitarnya,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak klinik. Klinik Semerah yang terletak di Jalan Semerah Harmoni 1, Taman Semerah Harmoni, boleh dihubungi melalui talian 011-12182417 atau di media sosial @kliniksemerah. #fyp #foryoupage #kliniksemerah #homevisit #doktorkampunganda
kliniksemerah
Region: MY
Monday 04 August 2025 11:36:09 GMT
Music
Download
Comments
🇲🇾Rosnah senin🇦🇪 :
🥰🥰🥰
2025-08-04 11:43:33
1
To see more videos from user @kliniksemerah, please go to the Tikwm
homepage.