@beautifulnara: Pelakon dan pengacara terkenal, Fahrin Ahmad mencuri perhatian ramai apabila muncul dalam salah satu video promosi jenama kasut terkenal, Christy Ng. Antara komen yang menjadi tumpuan ialah daripada seorang pengguna yang menulis: “Suka dia, tak pernah dengar rumors tak elok pasal dia.” Komen tersebut mendapat ribuan tanda suka dan turut dibalas sendiri oleh Fahrin dengan ringkas, namun penuh makna selain sempat berseloroh, “Alhamdulillah, doakan saya supaya dapat mengasuh adik-adik istimewa ini.” Reaksi itu mendapat pujian ramai kerana Fahrin dilihat sebagai figura awam yang bersih dari kontroversi dan sentiasa menjaga imejnya sejak awal pembabitan dalam industri hiburan. Baca artikel penuh di Beautifulnara.com #NaraViral #NaraTrending #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment