@nursyamila781: *PENCAPAIAN MALAYSIA MADANI, PENGURANGAN HUTANG BAHARU* Dalam 3 tahun sahaja, kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen tinggi dalam mengurus kewangan negara secara berhemah. - Kadar pertumbuhan hutang baharu turun daripada 8.6% (2023) kepada 7.5% (2024) seterusnya 6% (2025) - Hutang keseluruhan meningkat kepada RM 1.336 trilion (dengan 63–64% KDNK) - Penerbitan hutang kasar dijangka lebih rendah antara RM 163–RM 164 bilion - Hutang baharu bersih ditargetkan RM 80 bilion sahaja Langkah-langkah fiskal termasuk penyasaran subsidi, pelanjutan cukai dan pemulangan struktur fiskal ke sasaran defisit 3.8% KDNK serta rangka pematuhan Akta Tanggungjawab Fiskal, membolehkan Malaysia memperlahankan pertumbuhan hutang tanpa menjejaskan kestabilan ekonomi Malaysia menunjukkan pengurusan fiskal yang semakin berdisiplin untuk memacu pertumbuhan masa depan sambil mengurangkan beban hutang. #KDNK #BNM #MIDA #Fiskal