@onnhafiz: RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE PROJEK BANGSA JOHOR BAHAGIA 2.0 KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Projek Bangsa Johor Bahagia (BJB) 2.0 di Flat Hijau, Taman Plentong Utama, Johor Bahru pada hari ini (9 Ogos). Keberangkatan Seri Paduka Baginda disambut oleh Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan isteri serta Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan isteri. Hadir sama, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seri Paduka Baginda berkenan merasmikan Kelab Suka Belajar dan meluangkan masa melawat bilik kelab tersebut sambil menyantuni kanak-kanak di situ. Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima persembahan taklimat aktiviti BJB 2.0 daripada wakil UTM, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Raja Permaisuri Agong kemudian berkenan menerima sembah ucapan daripada wakil penduduk Rumah Pangsa Taman Plentong Utama. Surirumah, Izwani Md Noor, 38 menzahirkan rasa syukur kerana Projek BJB 2.0 ini memberi ruang kepada penduduk untuk melakukan perubahan. “Program Bangsa Johor Bahagia ini benar-benar membuka mata dan hati kami. Ia memberikan nafas baharu kepada komuniti kami – dari segi peluang, ilmu, kesedaran dan sokongan. Kami rasa dihargai dan dilihat semangatnya oleh pihak Istana, Kerajaan Negeri dan UTM yang sentiasa membimbing kami” katanya. Turut berlangsung majlis serahan replika cek daripada Kerajaan Negeri Johor berjumlah RM 1 juta kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) bagi tujuan Projek BJB 2.0. Dua buah sekolah di bawah program Johor Stars Go Global YRZSNJ turut merima replika cek sumbangan sebanyak RM 10,000 daripada YRZSNJ. Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa bergambar dan beramah mesra bersama penduduk sebelum berangkat pulang. Projek (BJB) merupakan satu inisiatif berimpak tinggi yang diilhamkan oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dan mula dilaksanakan di Rumah Pangsa Kangkar Pulai sejak tahun 2019. #RPAgong #AllahPeliharakanSultan #IstanaNegara
Onn Hafiz
Region: MY
Saturday 09 August 2025 23:04:08 GMT
Music
Download
Comments
maggieasamlaksa :
Siapa cakap JSSEZ tak ada manfaat untuk rakyat bawahan? ini la antara salah satu manfaat & inisiatif nya. Terima kasih Permaisuri & YAB santuni masyarakat plentong.
2025-08-10 09:50:14
8
iiftiliyana :
Masha Allah, bestnya tengok Permaisuri turun padang menyantuni rakyat. Berderet inisiatif MB Johor buat bulan ni, terbaikk terbaikkk!!
2025-08-10 03:28:50
6
liyana :
Terima kasih permaisuri santuni penduduk di plentong. Projek BJB ni memang terbaik, insha Allah akan banyak membantu rakyat yang memerlukan nanti.
2025-08-10 03:24:45
5
Li Xin :
Kita respect bila raja dan kerajaan boleh turun tengok sendiri keadaan rakyat. Ini baru betul caring government. Keep going, Johor!
2025-08-10 01:29:11
4
Lilah Awangku Chin :
#Justice4Zara
2025-08-17 08:11:13
1
tengku cikpuan muda shamsiah :
Comel jek DULI Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda permaisuri yang di pertuan Agong Raja ZARITH SOFEA ibni Al marhum sultan idris
2025-08-12 05:35:03
3
Fansitikhadijahalim :
👍👍👍johor hadir
2025-08-12 00:13:55
1
Khairul Ariffin :
masyaallah cute Queen 🥰
2025-08-22 12:30:05
2
Dr Mohd Isa :
Daulat Tuanku..
2025-08-22 12:34:47
1
Tuan.muda Fadzli :
💓💓💓 rindu💓💓💓
2025-08-11 12:10:10
1
Patimah Hassan :
hadir
2025-08-12 02:42:24
1
𝕁𝔻𝕋 𝕔𝕙𝕒𝕞𝟙𝟚𝕡𝕚𝕠𝕟𝕤 :
𝚊𝚜𝚕𝚖.𝚙𝚎𝚛𝚖𝚊𝚒𝚜𝚞𝚛𝚒 𝚣𝚊𝚛𝚒𝚝𝚑 𝚜𝚘𝚏𝚒𝚊 🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲❤️❤️🥰👸👸👸👸🩵
2025-08-10 06:37:37
2
user3352465599226soffisafi 123 :
🥰🥰Support rakyat johor👍🙏
2025-08-11 22:37:46
1
deer :
🥰jdt🥰
2025-08-10 04:20:32
1
🌹Nursima🌹 :
Alhamdulillah.... Terbaik ❤️💙
2025-08-12 00:27:43
1
ARMADA AMAN SHAH III :
YDP agong Malaysia dah balik kan,saya nak tenangkan fikiran.🤝
2025-08-10 21:22:44
1
Ieda Myra :
salammmmyb..dtg bntu sye..potong pokok..umah dh uzur...hrap dpat bntu she
2025-08-25 00:42:16
2
syfqq :
Tahniah kerajaan negeri johor atas Projek BJB 2.0, semoga lebih banyak kawasan mendapat manfaat!
2025-08-10 09:44:54
1
bahilah :
Aamiin3
2025-08-09 23:27:26
1
nsthaa4 :
Ni baru raja & pemimpin yang dekat dgn rakyat! Bangsa Johor Bahagia bukan sekadar nama je, tapi betul-betul buat perubahan. Power gila! ♥️💙🔥
2025-08-10 01:25:31
1
Geesha :
Saya sokong inisiatif ni. Bukan semua orang senang, tapi bila ada program bantu komuniti camni, semua bangsa rasa terbela. Syabas Johor!
2025-08-10 01:28:00
0
nasroh :
terbaik dato🥰
2026-03-01 12:25:24
0
Linda🦩 :
😳
2025-11-10 10:26:06
1
To see more videos from user @onnhafiz, please go to the Tikwm
homepage.