@_rashidizinol_: Jumaat, 8 Ogos 2025 - YB Dato’ Haji Rashidi turun padang ke Sesi Penyerahan Bantuan Rumah Bina Baharu di Sungai Udang. Sebelum ini, aduan diterima berkenaan keadaan rumah yang uzur didiami oleh 3 beradik yang telah kehilangan ibu dan bapa mereka. Mereka yang masih belajar amatlah memerlukan sokongan moral dalam meneruskan kehidupan mereka. Oleh itu, YB Dato’ telah berusaha merealisasikan impian mereka untuk membina sebuah rumah baharu untuk memastikan siang dan malam mereka sentiasa selesa dan tidur malam penuh nyenyak tanpa perlu merisaukan keadaan rumah yang agak uzur seperti sebelum ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dan prihatin dalam usaha untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terbela. #HajiShidi #OrangKampungKita