@cidrmp: ๐ฅ๐ข๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก๐, ๐ฐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ช๐ KAJANG, 15 Ogos 2025: Empat lelaki tempatan berusia 36 hingga 42 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan kerana merompak, melarikan warga asing serta menyamar sebagai penjawat awam. Pertuduhan pertama dikemukakan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan. Manakala bagi pertuduhan melarikan warga asing secara salah, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 365 Kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun beserta denda. Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. Sabit kesalahan, tertuduh turut berdepan dengan denda sehingga RM500 atau penjara. Mengikut fakta yang dikemukakan, pada 8 Ogos yang lalu, kesemua tertuduh didakwa mendatangi seorang wanita warga asing di sebuah pusat cuci kereta di Saujana Impian, Kajang. Tertuduh mengaku diri mereka sebagai Pegawai Imigresen lalu melarikan wang tunai berjumlah RM400. Mereka turut merampas tiga unit telefon bimbit serta membawa lari adik serta kenalan mangsa menaiki sebuah kenderaan. Salah seorang tertuduh kemudiannya menghubungi suami mangsa meminta wang sebanyak RM4,000 sekiranya mahu adik serta kenalannya dibebaskan. Mangsa diarahkan untuk ke Lotus Kajang bagi tujuan serahan wang tunai. Sangsi dengan permintaan tertuduh, mangsa dan suaminya hadir membuat laporan polis. Bertindak atas maklumat yang diperolehi, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Siasatan Khas D9 IPD Kajang telah memberkas kesemua tertuduh untuk siasatan lanjut. Pihak polis turut menemukan dan merampas beberapa unit telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM400 milik mangsa, dua buah kenderaan serta beberapa peralatan lainnya yang dipercayai digunakan bagi tujuan jenayah. Dalam kamar pertuduhan hari ini, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan. Hakim Normastura Ayub membenarkan jamin sebanyak RM8,000 setiap seorang dan menetapkan 29 September depan untuk serahan dokumen. #POLISDIRAJAMALAYSIA #jabatansiasatanjenayah #CIDRMP
CID_RMP
Region: MY
Friday 15 August 2025 12:01:54 GMT
Music
Download
Comments
H.T.Lee :
saya pun kena lari pun tak dpt lagi penjahat๐
2025-08-15 20:25:11
0
yakin kamu sayank sama aku :
๐๐
2025-08-16 15:22:00
0
Maran Gana :
๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ
2025-08-16 02:23:43
0
MADJAN :
๐๐๐
2025-08-15 12:28:47
0
To see more videos from user @cidrmp, please go to the Tikwm
homepage.