@empat4enam6: (1997) Selepas 47 tahun digelar bendera Malaysia, nama baharunya dimahsyurkan sebagai Jalur Gemilang tanggal 31 Ogos 1997 bersempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-40. Pertandingan menamakan bendera Malaysia diusulkan oleh Datuk Hashim Mat Deris kepada Perdana Menteri keempat, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 11 Julai 1995. Dalam tempoh dua tahun sebelum diisytiharkan, beberapa nama telah dicadangkan seperti Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara, namun semuanya ditolak oleh Jemaah Menteri. Pada 2 Jun 1997, tiga nama dicadangkan mengikut keutamaan iaitu Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang. Akhirnya Jemaah Menteri bersetuju nama baharu bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang yang dicadangkan oleh En. Md. Redzuan Tumin, seorang pegawai daripada Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti. Nama baharu Jalur Gemilang telah diisytiharkan dalam upacara gilang-gemilang di Dataran Merdeka dan dikibarkan dua minit sebelum menjelang tengah malam 31 Ogos 1997. -----Jagat Impak---- #JalurGemilang #fyp

4empat6
4empat6
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 18 August 2025 02:34:54 GMT
4575
101
2
1

Music

Download

Comments

akupanasakukipas
Akula :
😍😍😍🥰🥰🥰
2025-08-18 03:49:09
0
abg.matdy
ABG.MATDY 光 :
dan skrang barua barua yang mengaku OKU ni terbalik kan Jalur gemilang , Bangkit Malaysia☝🏻
2025-08-18 03:54:40
1
To see more videos from user @empat4enam6, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About