@haim_hilman: Alhamdulillah, selesai mesyuarat Jawatankuasa Tetap Industri dan Pelaburan Negeri Kedah. Perbincangan memberi fokus kepada perkembangan pelaburan, pengukuhan Special Border Economic Zone serta pembangunan kawasan strategik negeri. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi dan pelabur bagi membuka peluang pekerjaan, meningkatkan hasil negeri dan mengangkat Kedah sebagai hab pelaburan serantau.