@rafiziramli: ๐—ฃ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก๐—š ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—ก Minggu ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin umum PN bergabung dengan 12 parti politik lain yang diluar kerajaan untuk membentuk satu platform bersama. Perkara ini biasa berlaku. Semasa pembangkang pun, Pakatan Harapan cuba untuk membina gabungan yang besar dan menyatukan semua pihak. Ia respons biasa dalam sepak terajang politik, yang selalunya digunakan oleh pembangkang. Adakah ia akan berjaya menggembleng sokongan rakyat untuk menang dalam PRU16? Sukar untuk kita tentukan sekarang, terutamanya sebab sebahagian besar parti-parti yang bergabung itu, kecuali PAS, Bersatu dan Gerakan, tidak pernah bertapak di peringkat nasional. Ia juga bergantung kepada prestasi Kerajaan Madani dan populariti Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika beliau tidak berjaya menguruskan pelbagai kontroversi yang timbul saban hari dan tidak ada perubahan ketara dari pentadbiran beliau, jumlah pengundi yang mahu bertukar akan melebihi jumlah yang mahu mengekalkan kerajaan, maka kerajaan boleh bertukar tidak kira kecil mana pun parti-parti yang bergabung. Ujian sebenar kepada gabungan ini bukanlah untuk bersatu melawan Anwar Ibrahim. Ujian sebenar ialah jika mereka menang PRU16 dan membentuk kerajaan. Mereka perlu bersetuju dengan calon Perdana Menteri dan menteri-menteri. Juga untuk membahagikan jawatan dan lantikan penting sesama mereka. Kerana disebalik kesatuan yang ada sekarang, tidak banyak persamaan ideologi yang menyatukan perjuangan mereka. Mereka juga pernah menyerang sesama sendiri sebelum bersetuju untuk saling menunggang sekarang. Contoh yang baik ialah drama politik di antara Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Bersatu dan PAS. Mereka berkawan, kemudian berlawan sehingga Tun Mahathir menubuhkan parti sendiri, kemudian berlawan lagi sebelum berkawan balik. Tan Sri Muhyiddin pernah panggil PAS sebagai parti ajaran sesat. PAS pernah memaki Tun Mahathir kerana dituduh menzalimi rakyat Kelantan. Malah, PAS pernah menjadikan Waythamurthy sebagai musuh utama menyalakan api perkauman semasa bantahan terhadap ICERD, tetapi kini Takiyuddin berada di sebelah Waythamurthy kerana saling menunggang untuk melawan Anwar. Kerajaan yang datang dari gabungan parti-parti yang tidak sehaluan akhirnya tidak berjaya membangunkan dasar baru untuk membantu rakyat kerana setiap cadangan dibantah parti yang lain. Akhirnya, kerajaan itu meneruskan โ€œbusiness as usualโ€, asalkan pemimpin parti-parti dalam gabungan dapat habuan masing-masing. Begitulah resam politik di Malaysia kebelakangan ini dan saya bercakap dari pengalaman sendiri. #rafiziramli #PN #pembangkang #politikmalaysia #PAS

Rafizi
Rafizi
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 21 August 2025 04:04:27 GMT
219918
7589
842
605

Music

Download

Comments

selendang.kebenar
selendang kebenaran :
: Kami anak2 muda seluruh pelusuk malaysia dah mula selesa dgn pmx dan kerajaan madani๐Ÿ’ช๐Ÿ’ชhanya pmx yg iklas berjuang untuk agama bangsa dan pertiwi tidak ada peminpin lain yg lebih iklas dari pmx dlm mengakat martabat islam dan bangsa ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ชSyukur rakyat malaysia dapat permata islam mcm pmx๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ชpmx suara ulung dunia islam yg berkarisma ๐Ÿ’ช
2025-08-21 04:27:59
317
my_miracle0102
miracle_01 :
tak kira Apa Dan siapa,Asalkan next kerajaan bukan lg Dari Madani
2025-08-21 06:56:07
44
haziman9
haziman :
Sbb tu jgn tksub sgt.. klo DAP kluar pH.. x mustahil depa pggil DAP join depa ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
2025-08-21 11:46:24
0
habi69han
Patron@situkangcuci :
aku nk syed saddiq jd PM๐Ÿ‘
2025-08-21 07:38:02
12
nurizzah38
nurizzahO6 :
gabungan yg semate2 nk jatuhkan PMX..dan kepentingan peribadi .. tiade hale tuju..
2025-08-21 04:23:45
536
nazrirohan
NazriRohan :
Betul jgk kata Rafizi...x jd la sokong PN next Pru sbb ada Waytamoorty dgn Ramasamy
2025-08-21 08:47:42
24
user1734127413505
yakumahareda :
Gabungan pembangkng yg baru ni lebih menakutkn dari DAP. itu pandangan sy lah
2025-08-21 04:49:48
89
mohdazmiabdullahz
Azmi :
saya penyokong Muhyiddin, lepas dengar ni nak sokong pmx le.
2025-08-21 10:42:39
8
zmz9142
ZMZ :
YB Rafizi is adifference bread of politician. Kita harap pemikiran dan karakter beliau kekal utk membawa perubahan pada budaya politik yg sediada
2025-08-21 12:12:07
0
rayyqal.miqail
Rayyqal Miqail :
jgn harap pn PAS nak menang. Sarawak tetap sokongan pmx.. hak Sarawak dibantu๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘terbaik pmx
2025-08-21 05:39:03
97
tiaaffiliate68
TiaAZz :
ALHAMDULILLAH PMX TETAP YANG TERBAIKKK
2025-08-21 10:49:33
8
user9947588173311
bakar :
pmx adalah yg terbaik
2025-08-21 11:22:08
2
hd560656
hd560656 :
semoga Allah permudahkan dan semoga dpt menjatuhkan kerajaan MADANI
2025-08-21 04:10:30
235
abuhatim61
abuhatim61 :
Pmx terbaik
2025-08-21 04:43:37
102
sunny.yeo8
Sunny yeo :
Kekal Anwar PM11 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
2025-08-21 06:41:20
9
papaiuwww33
Papiuwwww :
Macam anwar la tunggang zahid nak lawan najib
2025-08-21 09:21:41
14
ignatius.nonis
Ian :
TSMY sangat terdesak...kes mahkamah hampir....
2025-08-21 04:39:30
176
zanzibar.joel
Zanzibar Joel :
Dulu musuh skrg bergabung, itu biasa lah politik. Yang lepas jgn di kenang, skrg ni matlamat gabungan utk tumbangkan kerajaan sediada yang menyusahkan rakyat adalah objektif utama.
2025-08-21 05:40:18
8
manisah_180471
Manisah_180471 :
PMX TERBAIK ๐Ÿ‘๐Ÿ‘setakat ini yg saya tegok.
2025-08-21 04:59:14
147
brokhai945
BroKhai0001 :
apa beza nya PKR dan UMNO dan DAP?
2025-08-21 05:47:56
28
user3882120580761
chard :
Pmx ..terbaikkkk..kjaan madani mantapppp
2025-08-21 06:07:45
52
anisah_6288
KOLAM MEGA BTU SRWK / MFP :
pmx tetap terbaik ๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช
2025-08-21 06:09:51
12
bembengbembeng90
bembengbembeng90 :
PM X terbaik
2025-08-21 06:35:06
10
adam.azhari.abd.m
Adam Azhari Abd Majid :
pada pandangan aku la..kalau dah sampai 12 gabungan..bukan kekuatan sebenarnya..tapi jelas lebih kelemahan 3 parti utama
2025-08-21 05:15:07
4
extraspicy9
extraspicy9 :
ANWAR BUKAN MENANG SECARA TOTAL PRU 15 TETAPI SEBABKAN GABUNGAN UMNO
2025-08-21 06:11:33
6
To see more videos from user @rafiziramli, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About