@kingjason_ori: Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam mengenai kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir. Tertuduh, Siti Hajar Aflah Shaharuddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani selepas pertuduhan selesai dibacakan pada prosiding pagi Khamis. Iklan Iklan "Saya mengaku tidak bersalah," kata Siti Hajar. Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd Izhar dan Christhoper Enteri Mawan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan. Berdasarkan pertuduhan, Siti Hajar, 39, didakwa mengeluarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam dan boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam melalui akaun TikTok SHA_Abrienda. Kesalahan itu didakwa dilakukan guru bahasa Inggeris (BI) yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Rawang, Selangor itu jam 1.20 petang pada 6 Ogos lalu yang mana kenyataan tersebut dilihat oleh pegawai polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Peguam, Mohamad Zaiful Bahrin Kamde memohon mahkamah membenarkan jaminan yang minimum memandangkan anak guamnya telah memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan. "Sewaktu siasatan tertuduh sendiri telah menyerah diri kepada polis dan beliau tidak direman. Jadi, jelas tertuduh bukan seorang berisiko untuk melarikan diri. "Tertuduh seorang ibu tunggal kepada tiga anak yang masih bersekolah berusia 12, 11 dan 10 tahun selain menanggung ibu bapa," katanya. Sehubungan itu, Khairatul Animah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Oktober depan untuk serahan dokumen. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar dalam sidang media pada 13 Ogos lalu memaklumkan seorang wanita berusia 39 tahun turut ditahan di Rawang, Selangor kerana dipercayai menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kes itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan guru mengakui kandungan TikToknya bahawa Zara Qairina mati dengan cara dimasukkan ke dalam mesin basuh hanya sekadar 'content'. #pdrm #kdn #justice4zara #beritaviral #beritaviral #beritatiktok #fyppppppppppppppppppppppp
Zaman Edan
Region: MY
Thursday 21 August 2025 08:29:21 GMT
Music
Download
Comments
izzzzzzzzz :
Lahhhhh sekolah kat rawang, petik memandai2 kes yg kat sabah... Semoga kedalam
2025-08-21 12:16:34
1
Nurvuoty :
#Justice For Zara Qairina
2025-08-27 06:35:33
0
APSSHB :
harap tuan/puan bersabar..kita diuji dengan perkara yg tidak masuk akal ni.. semua ni ada agenda untuk mengundang kemarahan rakyat..emosi rakyat..kita selaku rakyat sabah harus bertenang..klu kita xdapat bersuara dan kalah dlm perkara ni..tp kita ada satu peluang yg besar untuk pembelaan dan keadilan..tangan dan hati kita jgn salah memangkah..kita pikir2 lah ini lah peluang rakyat sabah..membalas segala kesakitan hati kita pada mereka..kita jgn buat huru hara dulu..bersabar tu ada kejayaan ya. ingat prn dah dekat ni saja yg kita ada. jgn sampai negara diistihar darurat. kalau darurat kerajaan akan kekal. ni yg mereka mahu. ingat2 lah.. kita akan kalah selamanya
2025-08-21 13:51:20
0
abuasyraf :
🥰🥰🥰
2025-08-21 09:04:12
1
BUNGAI MEREJAS :
😝😝😝
2025-08-23 07:05:17
0
Piah :
😂
2025-09-29 13:44:29
0
Fairus Shaba :
moga kedalam
2025-08-21 11:55:26
1
To see more videos from user @kingjason_ori, please go to the Tikwm
homepage.