@azlanjohan74: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ Saya telah menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Datuk Muslimin Bin Yahaya berhubung apakah program Peningkatan Perniagaan, program Pembangunan Penjaja dan Program Pendigitalan Perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil Malaysia masih dilaksanakan dan beberapa peruntukan dan agihan peruntukan diberikan kepada mereka. Program Peningkatan Perniagaan, Program Pembangunan Penjaja serta Program Pendigitalan Perniagaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil masih diteruskan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Antara pelaksanaan utama ialah melalui siri program bimbingan keusahawanan EmpowerPPK yang merangkumi Seminar Pembudayaan dan Pemerkasaan Keusahawanan Penjaja dan Peniaga Kecil. Pada tahun 2024, seramai 618 orang penjaja dan peniaga kecil telah menerima manfaat daripada program ini. Bagi tahun 2025, sehingga Jun, KUSKOP dengan kerjasama agensi-agensinya seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Bank Rakyat, TEKUN Nasional serta rakan strategik termasuk TikTok Shop, PERKESO dan KWSP telah menganjurkan EmpowerPPK di Sabah dan Putrajaya, melibatkan 210 orang peserta. Secara keseluruhan, jumlah peruntukan untuk pelaksanaan program EmpowerPPK bagi tahun 2024 dan 2025 adalah sebanyak RM60,000. Selain itu, KUSKOP melalui agensinya turut menyediakan program pembangunan kapasiti dan pendigitalan perniagaan. Sebagai contoh, INSKEN melaksanakan Program Bimbingan Pembangunan Produk (PDC) dan Program Bimbingan Pengurusan Kewangan (MAC) pada tahun 2025, yang memberi manfaat kepada 288 peserta dengan peruntukan berjumlah RM565,996. Dari aspek pembiayaan pula, Bank Rakyat telah menyalurkan pembiayaan kepada 827 penjaja dan peniaga kecil dengan jumlah keseluruhan RM5.6 juta sehingga Julai 2025. Sementara itu, TEKUN Nasional menyediakan Skim Pembiayaan Online TEKUN kepada 390 peniaga kecil dan peniaga informal, melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM3.506 juta dalam tempoh yang sama. Hal ini jelas membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui KUSKOP dalam memperkasa komuniti penjaja dan peniaga kecil melalui latihan, bimbingan, pendigitalan serta akses kepada kemudahan pembiayaan #malaysiamadani #malaysiatiktok #fyp #sungaibuloh
Azlanjohan
Region: MY
Thursday 21 August 2025 08:51:37 GMT
Music
Download
Comments
Kak Maz โค๏ธ :
Semoga baik2 shja ๐๐
2025-08-23 00:26:37
1
Rapandi1 pandi :
kami disabah takpuas hati kes zara.
2025-08-21 14:38:48
0
zeyla :
๐๐๐
2025-08-22 06:33:12
0
pelakuncerita :
๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ peniaga kecik mna tu?hbis gerai2 melayu kecik2 korang kacau yg bangsa lain relex niaga xkena apa2
2025-08-22 02:55:03
0
amr :
apa jadi koperasi makmor gold lesap 400 juta jadi lubuk scammer ...kementerian tak ada pemantauan yg di salakkan ahli koperasi..
2025-08-21 23:25:07
0
husinjebon :
Last apa yg diangkat nya habis semua kedai2 org2 melayu ni semua dah di roboh kan nya
2025-08-21 14:51:01
0
danial :
๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃwayang dh start
2025-08-21 13:56:25
0
To see more videos from user @azlanjohan74, please go to the Tikwm
homepage.