@khadamharamain: Perkuburan Baqi’ merupakan perkuburan yang terletak hampir dengan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah. Ia juga dipanggil sebagai Jannatul Baqi’ dan Baqi’ al-Gharqad. Tiada nas daripada al-Quran dan hadith secara khusus yang menyebut kelebihan dikebumikan di Perkuburan Baqi’ melainkan di Madinah secara umumnya. Antara kelebihan seseorang itu meninggal dunia di Madinah ialah dia akan diberikan syafaat oleh Rasulullah SAW pada hari Akhirat kelak. Rasulullah SAW menganjurkan supaya jika sesiapa yang mampu untuk meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia melakukannya. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا Maksudnya: Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana. #umrahhrm #saudia #umrahjourney

HRM TRAVEL & TOURS
HRM TRAVEL & TOURS
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 26 August 2025 04:41:23 GMT
303
54
3
10

Music

Download

Comments

cikgu_effah
CG EFFAH :
Semoga kita semua menjadi ahli baqi 🌹🤲
2025-08-27 08:28:56
1
mohamad5699
mohamad :
subahanallah alhamdulillah lailahaillallah Allahuakbar
2025-08-26 04:49:25
1
To see more videos from user @khadamharamain, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About