@dayangnoorazah: MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BAHAGIAN (DDC) SRI AMAN BIL. 2/2025 📅 26 Ogos 2025 (Selasa) 🕘 9.00 pagi 📍 Aras 1, Bilik Mesyuarat Wisma SADA, Sri Aman YB Dayang Noorazah hadir Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bahagian Sri Aman Bil. 1/2025. Mesyuarat ini telah berlangsung dipengerusikan oleh Tuan Residen Sri Aman, Mahra Bin Salleh. Mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit serta tindakan susulan Mesyuarat Bil. 1/2025, seterusnya disusuli pembentangan dan perbincangan mengenai: ✔️ Status RMKe-12 (Peruntukan Negeri) ✔️ Alternative Funding (AF) ✔️ Development Expenditure (DE) ✔️ Rural Transformation Programme (RTP) Bahagian Sri Aman Antara fokus utama yang diketengahkan ialah seluruh pembangunan di Sri Aman termasuk Kompleks Sukan Lingga. Projek ini dijangka menjadi mercu tanda baharu di Lingga serta memberi manfaat kepada pembangunan belia, aktiviti sukan dan peluang ekonomi setempat. Mesyuarat ini juga menegaskan kepentingan kerjasama erat semua agensi bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, mematuhi jadual, dan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat Sri Aman. Harapan agar mesyuarat ini menjadi pemacu pembangunan Sri Aman yang mampan, seimbang dan berimpak tinggi, demi kesejahteraan rakyat hari ini serta generasi akan datang, inshaAllah. Turut Hadir: Wakil agensi kerajaan peringkat bahagian dan negeri termasuk MINTRED, MOTS, JKR, JTS, JPS, Jabatan Pertanian, JBALB, Pejabat Hutan, LSS, Majlis Daerah Sri Aman, Sarawak Energy Berhad (SEB), Pegawai Daerah (Sri Aman, Lingga, Lubok Antu, Pantu), serta wakil Pusat Khidmat Rakyat DUN dan Parlimen sekitar Sri Aman. #DunN28Lingga #P201BatangLupar #SarawakMajuMakmur #PembangunanSriAman2025 #RMKe12
Noorazah N28 Lingga
Region: MY
Wednesday 27 August 2025 03:22:08 GMT
Music
Download
Comments
Master Chef Wilfred hilam :
assalamualaikum kak..di sekitar sri aman..jarak Kuching ke sri aman jauh.. kenapa kerajaan negeri tak bagi surau atau masjid UTK umat Islam menunaikan solat berjemaah ..kami bahagian Sri aman area pekan Lachau..nak solat jumaat ke sri aman jauh...minta pandangan dari bahagian Sri aman.. disebabkan kejauhan saya rasa ramai yg x solat jumaat.tarawih(bulan Ramadhan)..
2025-08-27 16:59:58
2
ManZhai :
macam kenal😁..saye ke tu😅
2025-08-27 14:25:31
0
Dayang ku Ezza Pengiran Harbi :
🥰🥰🥰🥰🥰🥰
2025-08-27 08:47:18
0
menunmorainie :
🥰
2025-08-27 05:37:01
0
Jamilah :
🥰🥰🥰
2025-08-27 04:29:32
0
Waibi Lukman :
Pembangunan insan perlu dititikberatkan khususnya semakin ramai masyarakat terlibat dengan Judi terutama jenis judi on line.Banyak pusat Judi on line dibina di daerah kecil atau bandar .
2025-08-28 05:39:33
2
To see more videos from user @dayangnoorazah, please go to the Tikwm
homepage.