@jimselangor: Replying to @ahmadasmadiahmad @Pengarah Imigresen Selangor @IMIGRESEN SELANGOR 2 “35 Pekerja Asing Ditahan – Ops Imigresen Gempur Restoran & Kilang Jahit di Selangor” KLANG, 26 Ogos 2025 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor semalam mencetuskan kekecohan apabila 35 pekerja asing ditahan dalam serbuan mengejut di beberapa premis sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam. Operasi yang bermula jam 11 pagi itu melibatkan 18 pegawai imigresen di bawah siri Ops Jaja, Ops Sapu, Ops Selera dan Ops Mahir, dengan memeriksa seramai 52 individu terdiri daripada 13 warganegara dan 39 warga asing. Restoran popular jadi sasaran Di sebuah restoran terkenal dalam pusat beli-belah di Petaling Jaya, suasana kecoh seketika apabila pegawai imigresen menyerbu masuk ketika waktu operasi. 15 pekerja asing yang terdiri daripada warga Myanmar, Nepal, Bangladesh dan Indonesia ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen sah. Beberapa pekerja dilihat cuba melarikan diri ke bahagian dapur namun berjaya dikepung. “Kami memang terkejut, semua pelanggan terpinga-pinga bila tiba-tiba pegawai imigresen masuk,” kata seorang saksi. Premis jahitan pakaian di Shah Alam Sementara itu, sebuah premis jahitan pakaian di Shah Alam pula ‘tumpas’ selepas 20 lelaki Bangladesh ditahan ketika sedang asyik bekerja. Penduduk setempat mendakwa premis itu aktif beroperasi sejak sekian lama dengan menggaji puluhan pekerja asing secara haram. Lokasi lain ‘selamat’ Tiga lagi lokasi yang diperiksa, termasuk kedai bunga, pusat pendidikan dan sebuah syarikat perkhidmatan, hanya melibatkan pemeriksaan pekerja tanpa sebarang tangkapan. Tindakan tegas menanti majikan Semua tahanan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63. Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut. #jabatanimigresenmalaysia #jimselangor #tiadaharitanpaoperasi #imigresenmalaysia #integritiprofesionalmesra
IMIGRESEN SELANGOR
Region: MY
Wednesday 27 August 2025 04:14:46 GMT
Music
Download
Comments
ainur umi :
klu semua pekerja di tangkap.. yg kerja siapa.. org Melayu.. 😂
2025-08-27 17:00:27
4
Fulalalalatte :
Mari Taman Mas Puchong..boleh bawa 10 lori..😁
2025-08-27 08:21:28
147
Azzahrie :
flat biru bukit jalil berlambok warga asing tinggal..ada yg niaga di bawah flat penuh dah mcm dok bangladesh dah..jim tolong dtg tangkap..tq
2025-08-28 04:54:22
0
Joe77 :
sya bangga dgn tindakan pihak jim.jgn lupa cek hp dia orng yg menghina malaysia dan pihak jim sendiri..tkaseh tuan
2025-08-27 04:50:29
337
Dedi Putra :
syukur saja saya mengikuti undang2
Malaysia mempunyai dokumen lengkap dan permit selama di Malaysia dan sudah 4 kali balik kampung indonesia, terima kasih buat bapak/ibu jabatan imigresen atas permit saya 🥰
2025-08-27 05:29:41
97
harry chaniago :
kasian korang cari mkn
2025-08-27 08:39:11
5
ali801🇵🇰🩸🇲🇾 :
super power Malaysia immigration 💪💪💪
2025-08-27 05:47:55
22
Muzakir🍁 :
pertama
2025-08-27 04:19:18
9
MAMAT.10 :
enak yg punya kedai tk usah byr gji dah kna tangkap
2025-08-28 05:25:32
0
MSI 86 :
ini kat Sunway Pyramid..mcm mana boleh lolos dan majikan ambil bekerja 👍🤣
2025-08-27 16:25:30
4
SyameerShamsuri :
maaf nak Tanya lepas tangkap di hantar pulang ke mcm mne atau setakat Saman lepas tu lepas
2025-08-28 00:21:26
2
ade aku kesah :
Pekerja ole ole bali.. Siuut kedai besar berclass... Harga pun
Mahal.. Tak kan tak buatkan pekerja permit.. ..
2025-08-27 08:40:39
46
ELiy othman :
Bandar Baru Ampang pls la check
2025-08-27 08:18:18
11
Alorpongsu Arowana :
uptown kota damansara ada yg buka kedai runcit dan kedai makan
2025-08-27 10:53:15
5
mata kucing :
MCM mana a rakyat asing dok kt Malaysia kosong aku pelik la ada apa kt Malaysia ni aku sebagai rakyat Malaysia biasa2 ja
2025-08-27 13:19:11
2
azizah :
di kampung pasir Semenyeh ..kilang papan vcm aman saja ...🤣🤣🤣🤣
2025-08-27 06:38:07
2
ShukriSelamat :
Assalamualaikum tuan...sebelah Sunway je tu ..dah mcm duduk kat negara Asing rasanya ..haritu sewa kat sebelah sunway...bila malam mcm kt negara Bangladesh dgn Pakistan
2025-08-27 09:10:00
15
220874Shan :
masuk kedai Arab di Sunway and gelnmarre boss Banyak warga Sirya
2025-08-27 04:58:50
24
Hatipah Ahmad :
Terbaik n tahniah Jim teruskan usaha 🥰
2025-08-27 04:24:05
58
Febi Ana :
sya di Malaysia di tuduh mencuri sama majikan udh repot polis sampai imigresen Selangor pdhl tak Ada bukti di cctv tak ada ya jelas orng sya tak melakukan Itu
2025-08-27 15:00:10
1
bambult :
Bahaya siot masuk takda passport.. ibarat buat salah pastu lepas takleh trace..
2025-08-27 12:28:46
0
abi 🇮🇩 🇺🇲 :
terima kasih sudah memulangkan warga gelap disana semoga MALAYSIA semakin sukses
2025-08-28 05:22:23
0
Who is she :
Money money money
2025-08-28 06:04:04
0
Balamurugan Mariappan :
Tolong ke westport and kilang depan NSK Taman Sentosa.
2025-08-28 03:50:49
3
nitam :
Johor kapan ditunggu niii
2025-08-28 05:21:34
0
To see more videos from user @jimselangor, please go to the Tikwm
homepage.