@wearemadani: Menyambut ketibaan Tamu Kenegaraan Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas undangan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ketibaan Baginda dan delegasi disambut dengan laungan ‘Selamat Datang’ dari pelajar Tahun 6 SK Putrajaya Presint 8 (2) selain diserikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum yang mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian budaya Malaysia. Kami kemudian menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) merangkumi bidang kesihatan yang penting dalam memperkukuh sistem kesihatan awam dan meningkatkan ketahanan sektor kesihatan kedua-dua negara. Moga hubungan erat Malaysia-Brunei terus diperkasa atas semangat persaudaraan dan aspirasi bersama demi kesejahteraan rakyat. #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIbekerja