@politiko_my: Pengharaman Vape Kesilapan Besar, Akan Ramai Kembali Merokok, Kata NGO Dr Armin Baniaz Pahamin, berkata larangan mutlak bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah, malah berisiko mendorong perokok kembali kepada rokok konvensional serta membuka ruang lebih luas kepada pasaran gelap. “Data menunjukkan 75 peratus pengguna vape di Malaysia adalah bekas perokok atau pengguna berganda. Jika vape diharamkan, ramai akan kembali kepada rokok yang jauh lebih berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut beliau, langkah pengharaman juga bakal menjejaskan industri bernilai RM4 bilion setahun yang menyediakan ribuan peluang pekerjaan dan menjadi platform perniagaan mudah akses kepada usahawan muda, khususnya Bumiputera. “Jika pengharaman dilaksanakan, ribuan usahawan kecil akan kehilangan punca pendapatan dan berisiko terjebak dengan pasaran gelap. Ini akan menghakis pemilikan ekonomi Bumiputera dalam jangka panjang,” tegasnya. #vape #hisapvape #haramvape #cukaivape #rokok #cukairokok #ekonomibumiputera

Politiko.my
Politiko.my
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 28 August 2025 01:49:09 GMT
4
0
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @politiko_my, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About