@ukmtiktok: Jejak Pendidik UKM bersama YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin FASc Sempena bulan kemerdekaan ini, Jejak Pendidik Episod 4 dengan bangga membawakan figura hebat iaitu YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin FASc, seorang pendidik yang pakar dalam bidang sosiologi dan antropologi. Beliau juga merupakan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berasal dari Jempol, Negeri Sembilan, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin FASc adalah seorang tokoh yang sering muncul di kaca televisyen serta terkenal dengan suara lantangnya dalam menyuarakan isu-isu integrasi nasional dan budaya bangsa. Jangan lepaskan peluang untuk menonton episod kali ini, di mana Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin FASc berkongsi pelbagai kisah menarik dan kenangan manis dalam perjalanan beliau sebagai seorang pendidik yang memberi inspirasi, motivasi dan semangat kepada pendidik agar menjadi panduan bagi meningkatkan kecemerlangan di masa hadapan. #JejakPendidik #UniversitiKebangsaanMalaysia #IlmuMutuBudi #UKM #UKMSharing
Universiti Kebangsaan Malaysia
Region: MY
Thursday 28 August 2025 08:52:50 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @ukmtiktok, please go to the Tikwm
homepage.