@21station21: Sambar jangan tak sambar RCB meraikan detik bersejarah meyambut ulang tahun ke-30, menandakan tiga dekad pencapaian dari segi prestasi, dan inovasi dalam industri motosikal. Sempena meraikan ulang tahun ini, RCB dengan bangganya melancarkan Koleksi Edisi Terhad Ulang Tahun Ke-30 dalam satu majlis khas yang berlangsung pada hari ini di Evolt Karting, Selangor menampilkan pelbagai pameran eksklusif dan sorotan istimewa. Koleksi ulang tahun ini menampilkan komponen istimewa yang direka khas untuk model-model popular seperti NMAX, NVX, Vario 150, LC dan Y15, serta pilihan produk universal. Setiap barangan dilengkapi dengan skema warna ikonik ulang tahun RCB gabungan hitam dan merah dengan komponen bersalut titanium serta logo ulang tahun ke-30 yang diukir menggunakan teknologi laser. Dikemaskan dalam kotak edisi eksklusif, koleksi ini turut disertakan barangan kenangan seperti kad logam bernombor siri dan rantai kunci rekaan khas, menjadikannya pilihan ideal buat peminat tegar dan para pengumpul. Antara tarikan utama koleksi ini termasuk komponen prestasi premium seperti Flow-Pro Series, S-3 Line, kaliper brek S26 dan R1, serta pam brek utama S1-FL. RCB turut memperkenalkan Topi Keledar Edisi Terhad RCB x ARC hasil rekaan eksklusif yang menggabungkan gaya dan ketelitian. Bagi menyemarakkan lagi sambutan dan menghargai sokongan pihak komuniti, RCB melancarkan Kempen Cabutan Bertuah Ulang Tahun Ke-30 dengan tawaran hadiah bernilai keseluruhan bernilai sehingga RM200,000. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk Yamaha XMAX edisi khas RCB, iPhone 16 Pro Max, iPad Air M3, serta 297 hadiah cenderamata edisi ulang tahun seperti baju-T, tumbler dan jaket fleece. #rcb #motorcycle #performance #GP #race
TwentyOne
Region: MY
Thursday 28 August 2025 11:29:20 GMT
Music
Download
Comments
Pokcik Jeng :
kedai mana bos
2025-08-28 13:04:58
0
RGCJYamBoTTTT :
When? Did you have more photos thanks
2025-08-29 21:57:25
0
To see more videos from user @21station21, please go to the Tikwm
homepage.