@iamaminidris: Sikap cintakan negara merupakan sikap yang terpuji dan digalakkan oleh Rasulullah SAW. Ini terbukti dalam hadis-hadis Baginda SAW. Antaranya ketika nabi hendak meninggalkan Mekah untuk berhijrah ke Madinah. Baginda menyatakan luahan rasanya dalam satu hadis sahih; . لِمكَّةَ ما أطيبَكِ من بلدٍ وأحبَّكِ إليَّ ولولَا أنَّ قومِي أخرجُوني مِنكِ ما سَكَنْتُ غيرَكِ “Engkau wahai Makkah merupakan satu bumi yang baik dan paling aku cintai, kalau sekiranya kaummku (penduduk Mekah) tidak mengeluarkan aku darimu nescaya aku tidak akan tetap di mana-mana tempat selain daripadamu.” (Riwayat Imam al-Tirmizi) . Nabi SAW juga berdoa dengan semangat patriotik dengan doa kepada Allah Ta’ala, . اللَّهُمَّ، حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِيْنَةَ، كَحُبِّنَا مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ Ertinya: “Ya Allah, cintakanlah kepada kami Madinah, sebagaimana kecintaan kami kepada Mekah, atau lebih.” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim) . Merdeka! Merdeka! Merdeka! Allahu Akbar! #merdeka #31ogos1957🇲🇾