@tanahberdaulat.tv: "DATANG TAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG" - VETERAN PASKAL Sempena Hari Kebangsaan 2025, kami membawa kisah salah seorang pegawai di awal penubuhan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL). Kepten (K) Datuk Ahmad Ramli Kardi yang kini Juruiring Tentera DYMM Sultan Selangor juga adalah antara pegawai PASKAL yang mula-mula ditugaskan untuk mengawal kedaulatan Pulau Layang-Layang di Laut China Selatan satu ketika dahulu. Jangan lupa ikuti kisah penuh inspirasi pegawai komando yang pernah melakukan penerjunan payung terjun di Kutub Utara dan Kutub Selatan ini pada Ahad (31 Ogos) jam 9 malam hanya di saluran Youtube Tanah Berdaulat TV! Tunggu... #tanahberdaulattv #xklusifbersamasyahril #paskal #TLDM