@ilovetiktokandnowyouknow: Replying to @Sabrina Badal #viral #xyzbca #trending #fyp

💙💛1111_Psychic_Medium💛💙
💙💛1111_Psychic_Medium💛💙
Open In TikTok:
Region: US
Saturday 30 August 2025 23:36:45 GMT
304
15
3
0

Music

Download

Comments

adana_catana8156
Adana_Catana815☣️💀☣️ :
True !
2025-09-01 01:07:48
0
denisedunn
denisedunn :
🔥🔥🔥😇😇😇
2025-08-31 00:49:05
1
twinn007
THE ONE AND ONLY :
Let. Go. Get it….
2025-08-31 18:37:23
1
To see more videos from user @ilovetiktokandnowyouknow, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Bekas pemimpin Thailand Thaksin Shinawatra hari ini diperintah menjalani hukuman penjara setahun, kira-kira sembilan bulan selepas ahli politik hartawan itu menjadi pilihan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menasihatinya selaku pengerusi Asean. Ia selepas Mahkamah Agung Thailand memutuskan langkah menempatkan Thaksin di sayap VIP sebuah hospital polis di Bangok menyalahi undang-undang. Pada 2023, selepas pulang dari buangan, Thaksin, 76, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. Hukuman itu bagaimanapun dikurangkan kepada satu tahun penjara melalui titah diraja. Bagaimanapun, Thaksin tidak pernah menghabiskan masa dalam penjara, sebaliknya mengadu masalah kesihatan dan ditempatkan di hospital. Pada Mei tahun lalu, akhbar Bangkok Post melaporkan bahawa Thaksin melanggar syarat parolnya apabila pergi bercuti ke Phuket, di mana beliau mengadakan pertemuan ringkas dengan Anwar. Kira-kira tujuh bulan selepas pertemuan itu, Anwar melantik Thaksin sebagai penasihat hal ehwal Asean, menjelang kepengerusian Malaysia bagi blok serantau itu, langkah yang mencetuskan kritikan pelbagai pihak. Ramai meluahkan rasa terkilan dengan langkah Anwar menamakan seorang yang pernah disabitkan kesalahan jenayah, di samping rekod buruk rasuah dan penindasan terhadap umat Islam di selatan Thailand.  Tidak kurang juga yang menyatakan persamaan kedua-dua pemimpin kerana pernah disabitkan jenayah dan dipenjarakan - Thaksin atas tuduhan rasuah dan Anwar atas tuduhan liwat. Beberapa diplomat menganggap Malaysia memulakan kepengerusian Asean dengan langkah yang salah, termasuk bekas duta, Dennis Ignatius, yang menyifatkan pelantikan itu
Bekas pemimpin Thailand Thaksin Shinawatra hari ini diperintah menjalani hukuman penjara setahun, kira-kira sembilan bulan selepas ahli politik hartawan itu menjadi pilihan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menasihatinya selaku pengerusi Asean. Ia selepas Mahkamah Agung Thailand memutuskan langkah menempatkan Thaksin di sayap VIP sebuah hospital polis di Bangok menyalahi undang-undang. Pada 2023, selepas pulang dari buangan, Thaksin, 76, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. Hukuman itu bagaimanapun dikurangkan kepada satu tahun penjara melalui titah diraja. Bagaimanapun, Thaksin tidak pernah menghabiskan masa dalam penjara, sebaliknya mengadu masalah kesihatan dan ditempatkan di hospital. Pada Mei tahun lalu, akhbar Bangkok Post melaporkan bahawa Thaksin melanggar syarat parolnya apabila pergi bercuti ke Phuket, di mana beliau mengadakan pertemuan ringkas dengan Anwar. Kira-kira tujuh bulan selepas pertemuan itu, Anwar melantik Thaksin sebagai penasihat hal ehwal Asean, menjelang kepengerusian Malaysia bagi blok serantau itu, langkah yang mencetuskan kritikan pelbagai pihak. Ramai meluahkan rasa terkilan dengan langkah Anwar menamakan seorang yang pernah disabitkan kesalahan jenayah, di samping rekod buruk rasuah dan penindasan terhadap umat Islam di selatan Thailand. Tidak kurang juga yang menyatakan persamaan kedua-dua pemimpin kerana pernah disabitkan jenayah dan dipenjarakan - Thaksin atas tuduhan rasuah dan Anwar atas tuduhan liwat. Beberapa diplomat menganggap Malaysia memulakan kepengerusian Asean dengan langkah yang salah, termasuk bekas duta, Dennis Ignatius, yang menyifatkan pelantikan itu "pelik" dan "sama sekali tidak perlu". "Lazimnya, negara Asean menggunakan tempoh mereka sebagai pengerusi untuk mempamerkan kepimpinan mereka dan memberikan sumbangan unik mengukuhkan Asean," Ignatius, diplomat veteran yang pernah berkhidmat sebagai duta Malaysia ke Chile, Argentina dan Kanada, memberitahu MalaysiaNow. Bagaimanapun, Menteri Luar Mohamad Hasan mempertahankan pilihan Anwar dengan menyifatkan pemimpin Thailand itu tokoh berpengaruh yang boleh diterima AS di samping mempunyai hubungan rapat dengan China. "Beliau dapat menjadi jambatan penghubung untuk Asean," Mohamad dilaporkan berkata. #foryoupage #2025 #omgsekmung #viraltiktok #news

About