@mediaselangor: Laksamana Muda (B), Dato' Anuar Alias dinobat Tokoh Kemerdekaan Selangor 2025 atas jasa dan bakti besar yang dicurahkan dalam angkatan pertahanan negara, termasuk dalam beberapa misi antarabangsa. Beliau yang menjadi inspirasi kepada filem terkenal PASKAL: The Movie menerima anugerah yang disampaikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat Selangor ke-68 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. #MediaSelangor #KlikSemasa #TokohKemerdekaan #Paskal