@raudhahrozli: PENYAKIT WAHN 📜 Hadis Nabi ﷺ (riwayat Abu Dawud, no. 4297 & Ahmad): Rasulullah ﷺ bersabda: “Hampir tiba masanya bangsa-bangsa (kafir) akan memperebutkan kamu seperti orang lapar memperebutkan makanan di talam.” Para sahabat bertanya: “Apakah kerana jumlah kami sedikit pada waktu itu, ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Bahkan kamu ramai, tetapi seperti buih di lautan. Dan Allah mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh terhadap kamu, dan Allah akan lemparkan ke dalam hatimu wahn.” Mereka bertanya: “Apakah itu wahn, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Cinta dunia dan takut mati.”