@jiken398:

jiken398
jiken398
Open In TikTok:
Region: IT
Monday 01 September 2025 21:50:51 GMT
34
0
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @jiken398, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Hari ini 35 tahun yang lalu, rangka hampir lengkap Tyrannosaurus rex (T-rex) ditemukan di South Dakota, AS. Ketika sekumpulan pengkaji dari Institut Kajian Geologikal Black Hills (BHI) bersiap untuk pulang dari ekspedisi mencari fosil dekat pekan Faith, salah seorang daripadanya bernama Susan Hendrickson meneroka tebing berdekatan yang tidak diperiksa mereka.  Dia menemui ada tulang tersembul dari dinding tebing, lantas melaporkannya kepada presiden (BHI), Peter Larson yang mengesahkan ia adalah milik dinosaur jenis T-rex. Kerja ekskavasi segera dimulakan, melibatkan 6 orang & mengambil masa 17 hari.  250 daripada keseluruhan 380 bahagian tulang T-rex yang diketahui berjaya dikeluarkan & dengan panjang lebih 40 kaki serta ketinggian 13 kaki pada pinggul, ia adalah rangka T-rex yang paling hampir sempurna (sekitar 90%) & paling besar yang pernah ditemukan.  Rangka itu dilabel sebagai FMNH PR 2081 & dinamakan ‘Sue’ sempena penerokanya. Pemeriksaan lanjut mendapati ia dari Zaman Cretaceous sekitar 67 juta tahun lalu & Sue dipercayai mati di sekitar penghujung jangka hayat seekor T-rex pada usia 28 tahun.  Namun sejurus penemuannya, bermula perebutan hak pemilikan rangka tersebut. Akhirnya mahkamah memutuskan ia milik Maurice Williams, tuan tanah tempat ia ditemukan, yang kemudian menghubungi Sothesby’s, sebuah badan broker barangan, untuk dilelong. Pada 4 Oktober 1997, fosil purba itu sah dijual kepada pembida tertinggi iaitu The Field Museum (disokong California State University, McDonald’s Corporation, Walt Disney World Resort & penyumbang persendirian) pada harga USD 8.4 juta.  Sue dibawa ke Field Museum di Chicago & kerja mempersiapkan rangka tersebut dimulakan. Akhirnya selepas memakan masa lebih daripada 30,000 jam (tambahan lagi 20,000 jam untuk menyiapkan pameran), Sue mula dipamerkan kepada pengunjung pada 17 Mei 2000.  Pada 2009, pengkaji mendapati Sue mati kerana kebuluran disebabkan jangkitan parasit pada mulut & tekaknya yang begitu teruk sehingga menyebabkan rahangnya berlubang.  Sumber: Field Museum, History, Live Science #PeristiwaHariIni

About