@apakes_tuan2: KOTA KINABALU: Pejabat Mufti Negeri Sabah mengingatkan umat Islam berhubung hukum menziarahi kubur dalam isu kubur arwah Zara Qairina Mahathir. Menerusi Irsyad Hukum yang dikeluarkan pejabat itu, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar menyentuh mengenai perbuatan menziarahi kubur. Katanya, perbuatan itu adalah suatu yang dituntut dalam Islam, malah ia dianggap sebagai satu bentuk peringatan bahawa setiap umat pasti akan meninggalkan dunia untuk menuju akhirat seperti sabda Rasulullah SAW. Beliau berkata, dalam Riwayat Ibnu Majah, no 307, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ‘Aku dahulunya melarang ke atas kamu ziarah kubur, maka (sekarang) ziarahlah kubur, kerana ia menzuhudkan dirimu dan mengingatkanmu kepada akhirat’. Namun, dalam melakukan tuntutan ini, setiap umat Islam hendaklah menjaga adab yang digariskan oleh Islam serta memberikan perhatian atas segala larangan agar perbuatan itu benar-benar mendapat keredhaan daripada Allah SWT,” katanya. Beliau turut menggariskan antara larangan yang ditegah dalam Islam ketika menziarahi kubur termasuk meratap, meraung, memukul pipi, meronta-ronta kerana terlalu sedih dan duduk serta merangkak di atas kubur, melangkah kubur dan bersandar pada kubur. Selain itu, katanya Islam juga melarang memijak kubur kecuali ada keperluan seperti ketiadaan jalan menuju ke kubur dan melakukan perkara-perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti menjadikan kubur sebagai tempat sembahan dan pemujaan. Islam katanya turut melarang perbuatan mengambil keberkatan daripada kubur dan mengikut atau menyerupai adat atau perbuatan agama lain seperti membawa kalungan bunga. Sehubungan dengan itu, dalam isu kubur arwah Zara Qairina binti Mahathir, setiap umat Islam diseru untuk menanggapi isu ini dengan penuh keinsafan dan kesederhanaan agar terpelihara daripada perkara yang melampaui batas ajaran Islam, sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam Riwayat al-Baihaqi, no 6176 yang bermaksud ‘Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan’. Semoga dengan pendekatan yang sederhana dalam setiap tindakan menjadi asbab bagi umat ini diberikan inayah serta hidayah daripada Allah SWT serta sentiasa berada di dalam redha dan maghfirahNya. #mufti #sabah #zara

Apakes🤔ApaCerita🎬
Apakes🤔ApaCerita🎬
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 02 September 2025 01:20:32 GMT
259391
2852
0
200

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @apakes_tuan2, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About