@aizatashraf.officials: Remaja Britain Hilang di KL: MHO Dedah Wujudnya Scam Center di Malaysia 400 Ditahan di Bangsar South: Malaysia Jadi Pusat Baru Scam Center Antarabangsa? Kuala Lumpur, 3 September 2025 – Kes kehilangan seorang remaja warganegara Britain di Malaysia membuka mata banyak pihak mengenai kemungkinan wujudnya pusat sindiket penipuan dalam talian atau scam center yang beroperasi di negara ini. Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Dato’ Hishamuddin Hashim, kes melibatkan remaja berusia 17 tahun bernama David Balisson yang dilaporkan hilang selepas tiba di Kuala Lumpur amat mencurigakan. “Bagaimana seorang remaja bawah umur boleh masuk ke Malaysia menggunakan autogate tanpa penjaga sah? Lebih pelik, selepas tiba di KL Sentral, dia terus hilang dan hanya meninggalkan email kepada ibunya bahawa dia selamat,” ujar beliau pada satu sidang media. MHO tidak menolak kemungkinan David mungkin menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia atau dipaksa bekerja di scam center. Hal ini berdasarkan corak kes sebelum ini di mana mangsa sindiket sering menghantar mesej kepada keluarga mendakwa mereka selamat, namun sebenarnya sedang dieksploitasi. Baru-baru ini, pihak berkuasa menahan lebih 400 individu di Bangsar South yang dipercayai bekerja di scam center. Malah, MHO sebelum ini turut menyelamatkan dua warga Acheh yang dipukul dan diugut oleh sindiket di Sungai Buloh. Lebih membimbangkan, menurut Dato’ Hishamuddin, operasi ini bukan hanya didalangi oleh warga asing, tetapi turut melibatkan rakyat tempatan. “Kita selama ini lantang bersuara tentang isu scam center di Laos, Myanmar dan Kemboja. Tetapi kini, masalah sama wujud di Malaysia. Kita tidak boleh pilih bulu – tindakan mesti diambil walaupun ia berlaku di dalam negara,” tegas beliau. MHO menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kewujudan scam center di Malaysia untuk menyalurkan maklumat segera bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil. #ScamCenter #HumanTrafficking #StopScam #MalaysiaAlert #MHO
AIZAT ASHRAF SHARE
Region: MY
Wednesday 03 September 2025 05:15:09 GMT
Music
Download
Comments
bolahbrown :
jika ada scam center di m'sia dah tentu dipayung penguatkuasa pangkat tinggi..
2025-09-03 06:20:06
834
Abby A'zam@DrSleep :
Forest city kena check jugak ni😁
2025-09-03 07:16:36
259
Azlynn Alshahab :
immigration. autogate. human trafficking.
teringat pendedahan 'counter setting' di klia. mmg ini semua berkaitan. bagi kakitangan kerajaan yg terlibat kamu adalah musuh negara!
2025-09-03 08:25:27
351
Walter W. :
polis buat apa pon xtau....
2025-09-03 07:32:35
152
Abu Faiz :
Sejak 2mejak ni ada scam center di Malaysia!
2025-09-03 06:15:37
93
Qimi Ali :
Dlm TikTok ni pun banyak scammers tolong la takkan nak diam je aduhh ..
2025-09-03 07:04:37
152
aaa :
aku dah banyak report semua no.acc bank judi mesin ni...tapi mcm takde tindakan je..mereka masih beroperasi..
2025-09-03 08:17:24
39
BinturongMart :
klia blackout 🙊
2025-09-05 11:16:28
0
🈲️2️⃣4️⃣ :
Bukti nya mmg wujud cuba chck fb. Setiap 2 kali scroll mesti keluar Iklan scammer berbahasa melayu siap video yg di lakonkan olwh pelakon melayu sendiri. Mmg mereka bersedia cukup sempurna utk mwnipu org ramai. Tapi heran mcmc boleh taknperasan sdgkan mcmc juga ada akaun fb utk di layari.Mustahil org² mcmc tak pernah tahu.
2025-09-03 06:44:42
76
TRADER MC💪💪 :
yang makan rasuah tu sepatutnya dihukum penjara 20 tahun 20 sebatan dan didenda 1juta.
2025-09-03 06:47:23
339
kunamuzani :
tk kn lh polis tk thu nk cari ini smua pelik❤️
2025-09-06 00:11:24
3
Putralan :
Scam center di Malaysia dipayung, semakin menjadi-jadi scam center di Malaysia.
2025-09-04 12:08:50
9
Ietarose :
MCMC sibuk dgn politik je..
2025-09-03 08:21:30
288
FivestarsLanun :
Kerabat diraja kepala scammer center. Negeri mana?
2025-09-03 12:28:35
1
chenno :
Dahsyatnya malaysia
2025-09-03 07:39:33
20
Ibu El :
autogate....??? senangnya nk masuk negara...boleh semudah itu ye
2025-09-03 09:18:02
47
roslyroslyabdulrahman :
💯 harapkan jgn LPS pandang. kes yg berat
2025-09-06 01:41:54
2
Motherof4 :
Scammer ada di mana2. Sy pernah kena scam tentang pakej percutian😩🤦♀️
2025-09-05 23:30:22
3
tok aky :
makin bahaya sekarang ni,hati2 semua guys
2025-09-03 08:07:37
75
sadiq khan :
klau ada scam center kita punya penguat kuasa kena pantau la.mcm mna auto gate bole lepas.kena soal org imigresen la.
2025-09-03 07:46:23
43
BonzerKL2 :
zaman madanon makin problem..scammer semakin berleluasa..
2025-09-05 16:27:02
2
jenu :
mf ya....knpa kita pumya negara ada raja dn ada mntri2....tapi tidak kuat undang2....mcm china sya hiran mcm mna negara kita maju..... 😏
2025-09-03 15:23:20
1
Rita Benn :
siasat imigresen dulu...mcmna budak tu blh lalu autogate tu
2025-09-06 08:08:44
1
Kimmy Soon Kheng Im :
Scam centers close 1, 10 more will start. Rakyat will play their part to educate and alert. Thank you authorities for your help.
2025-09-05 00:28:24
3
To see more videos from user @aizatashraf.officials, please go to the Tikwm
homepage.